Perahu Layar: Malaysia Perlu Jurulatih Khas Sebelum Ke Olimpik

Diterbitkan: Selasa, 22 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) memerlukan seorang jurulatih khas untuk melatih pelayar kebangsaan Khairulnizam Mohd Afandy dalam persediaan menghadapi Sukan Olimpik London pada Julai.

Presiden MYA Datuk Mansor Ismail berkata, kehadiran jurulatih khas itu penting bagi memantapkan persediaan Khairulnizam untuk menyertai temasya sukan berprestij itu.

Beliau yakin pelayar negara mampu memberi saingan sengit kepada peserta lain dalam kategori yang dipertandingkan itu.

Mansor ditemui pemberita selepas meraikan kepulangan Khairulnizam di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di sini hari ini, setelah menyertai beberapa kejohanan di Eropah. Hadir sama Anggota Parlimen Langkawi Datuk Abu Bakar Taib yang juga Presiden Perahu Layar Kedah.

Mansor berharap MYA dapat memberikan imbuhan setimpal kepada Khairulnizam yang mencapai kejayaan cemerlang dalam acara perahu layar dan seterusnya melayakkan diri ke sukan Olimpik itu.

Selain itu, beliau berharap Kementerian Belia dan Sukan(KBS) melalui Majlis Sukan Negara (MSN) dapat memberi perhatian terhadap sukan itu dan bersedia menaiktaraf Pusat Latihan Pelayaran Malaysia di sini secepat mungkin.

Ini kerana pusat itu menerima banyak permintaan untuk menganjurkan kejohanan perahu layar di peringkat dunia, katanya.

Beliau berkata peruntukan itu juga diperlukan untuk melatih pelayar muda yang berpotensi dalam pelbagai kategori yang dipertandingkan dalam sukan pelayaran.

Mansor berharap KBS dapat menyediakan peruntukan yang diminta untuk menjadikan sukan pelayaran di negara ini bertaraf dunia setanding dengan negara Eropah.

Sementara itu, katanya Khairulnizam juga akan menghadapi tiga kejohanan di Eropah iaitu Sail For Gold Regatta Isaf Grade One World Cup di United Kingdom (3 hingga 9 Jun), Kieler Woche Isaf Grade One Sailing World Cup di Jerman (16 hingga 20 Jun) dan European Laser Standard Senior Championship 2012 di Perancis (30 Jun hingga 7 Julai).-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan