Misi Penting Skuad Ragbi Negara

Diterbitkan: Khamis, 17 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Skuad ragbi negara pastinya mempunyai misi tersendiri menjelang Kejohanan Ragbi Asia HSBC Lima Negara (A5N) pada 30 Mei sehingga 2 Jun ini di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Aksi tahun ini dianggap penting kerana ia merupakan misi membalas dendam selepas menduduki tempat tercorot dalam Divisyen 1 (D1) tahun lalu sehingga tersingkir ke Divisyen 2 (D2).

Menurut Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU), Datuk Wira Amiruddin Embi, pihaknya mensasarkan skuad negara menjuarai kejohanan ini sekaligus kembali beraksi dalam D1.

"Lebih penting lagi kemenangan nanti bakal membuka peluang cerah untuk beraksi pada aksi kelayakan Ragbi Piala Dunia 2015.

"Tahun lalu kita tewas kerana kurang persediaan, namun tahun ini keadaan sudah berbeza," katanya.

Amiruddin juga berkata, penglibatan HSBC sebagai penaja utama kepada kepada banyak memberi manfaat kepada semua, lebih-lebih lagi dalam program pembangunan akar umbi sukan ragbi negara ini.

Sementara itu, ketua jurulatih, Boon Hoon Chee berkata, selepas mengharungi Liga Super MRU serta Piala Super MRU, pemain-pemain lebih bersedia untuk kejohanan ini.

"Bermula 13 Mei lalu, seramai 40 pemain telah dipanggil untuk menjalani latihan pemilihan.

"Daripada jumlah itu, seramai 24 orang pemain akan dipilih bagi beraksi pada kejohanan ini. Saya yakin mereka semua sudah bersedia dari segi mental dan fizikal," katanya.

Mengenai perlawanan separuh akhir menentang China, Hoon Chee menjelaskan bahawa dia masih mengkaji corak permainan pasukan itu.

"Kami tidak pernah melawan mereka, tetapi saya baru dapat klip video aksi pasukan itu menentang Guam sebelum ini.

"Saya akan menilai corak permainan mereka sebelum perlawanan nanti," jelasnya.

Empat negara yang akan beraksi dalam D2 termasuk Malaysia, Thailand, Iran dan China.

Manakala bagi Divisyen 3, dianggotai negara India, Guam,Indonesia dan Pakistan.

Perlawanan 15 sebelah ini menggunakan format kalah mati, dan juara setiap divisyen akan bermain secara play-off dan pemenang akan layak ke D1.

Kejohanan ini turut dilangsungkan sempena sambutan Ulang Tahun Ke-6 Bandaraya Petaling Jaya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan