MOM Tunggu Maklum Balas Badan Induk Sukan Dunia

Diterbitkan: Rabu, 16 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) masih menunggu maklum balas daripada dua badan induk sukan dunia mengenai kewajaran hukuman ringan dikenakan ke atas beberapa atlet negara yang gagal dalam ujian anti-doping ketika menyertai kejohanan tempatan dan antarabangsa tahun lepas.

Setiausaha Kehormat MOM Datuk Sieh Kok Chi berkata beliau telah menghantar surat kepada Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) dan Persekutuan Olahraga Amatur Malaysia (IAAF) pada 6 April lepas namun tidak mendapat sebarang jawapan sehingga kini.

"Saya akan menghantar surat peringatan kepada mereka dalam masa terdekat ini bagi memastikan kita (MOM) mendapat jawapan sesuai mengenai tindakan tatatertib ke atas atlet terlibat," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara MOM dan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) di sini, Selasa.

MOM diwakili Naib Presiden Datuk Roy Rajasingham manakala MySihat diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Dr Yahya Baba. Turut menyaksikan majlis itu Pengerusi MySihat Toh Puan Dr Aishah Ong.

Menerusi MoU itu, MySihat akan menyalurkan bantuan kewangan kepada MOM bagi membantu anggota gabungannya menjalankan aktiviti.

Enam atlet olahraga negara iaitu Siti Zubaidah Adabi, Siti Fatimah Mohamed, Yee Yi Ling, Norjannah Hafiszah Jamaludin, Nurul Sarah Abd Kadir dan Mohd Imran Abd Hadi melarikan diri daripada ujian anti-doping yang dilakukan Institut Sukan Negara (ISN) pada Mei lepas.

Jawatankuasa Disiplin Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) yang bersidang pada September lepas hanya memberikan amaran keras kepada keenam-enam atlet itu.

Selain itu, dua atlet angkat berat yang menyertai kejohanan kelayakan ke Sukan SEA pada September lepas di Bukit Jalil turut gagal dalam ujian anti-doping juga hanya diberikan amaran keras oleh Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM).

"Kita bukan mempersoalkan hukuman yang dikenakan tetapi apa yang kita tekankan ialah kewajaran hukuman tersebut (amaran keras) kerana ia melibatkan pengambilan bahan terlarang di kalangan atlet kita," kata Kok Chi.

dasarkan peraturan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA), atlet yang gagal dalam ujian anti-doping boleh dikenakan hukuman penggantungan selama dua tahun daripada menyertai sebarang kejohanan. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan