Kerajaan Negeri Beri Insentif RM20,000 Kepada Pemain Hoki Anak Terengganu

Diterbitkan: Rabu, 16 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri akan memberi insentif sebanyak RM20,000 kepada empat anak jati Terengganu yang mewakili negara ketika muncul juara kejohanan Hoki Remaja Piala Asia ke-7 di Stadium Bukit Serindit, Melaka Ahad lalu.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata insentif itu menggambarkan kegembiraan kerajaan negeri di atas kejayaan anak-anak Terengganu khususnya, dan pasukan negara secara am.

"Insentif yang bakal diterima RM5,000 seorang itu bagi menyuntik semangat pemain supaya terus mencipta kejayaan membanggakan.

"Sebagaimana saya katakan, kerajaan negeri tidak lokek dan sentiasa memberi perhatian kepada anak-anak Terengganu yang berjaya dalam bidang sukan, baik di peringkat negara mahupun antarabangsa," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco, Rabu.

Kejayaan ini merupakan yang pertama dalam tempoh 20 tahun selepas pasukan negara mengalahkan Pakistan 2-1 pada perlawanan akhir.

Empat pemain hoki anak jati Terengganu ialah Mohd Nor Faez Ahmad Sobri, Mohd Firham Ashaari dan dua beradik iaitu Faizal Saari dan Fitri Saari.

Selain itu, Ahmad berkata kerajaan negeri juga akan memberi insentif kepada lima anak jati Terengganu yang mewakili pasukan bola sepak negara bawah 10 tahun pada kejohanan Piala Cappy di Croatia dari 21 hingga 30 Mei.

Beliau berkata setiap pemain akan menerima wang saku sebanyak US$1,000(RM3,118.30) selain sebagai galakan kepada mereka untuk mengharumkan nama negara dalam kejohanan itu.

Katanya, pemain berkenaan kini menjalani latihan intensif di Kompleks Sukan Bukit Jalil sehingga 20 Mei sebelum bertolak ke Croatia.

Pasukan negara akan bermain dalam satu kumpulan bersama Jerman, Itali dan Croatia di peringkat awal.

Lima pemain itu ialah Muhamad Faidaus Ramli, Muhammad Shauqi Ammar Shari, Alif Daniel Abdul Aziz, Zikry Mohd Hafiz dan Harith Muhammad.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan