Selangor Cari Pemain Hoki Skuad Negeri

Diterbitkan: Selasa, 15 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Hoki Selangor (PHS) akan mengadakan pemilihan bagi membentuk skuad negeri untuk bertanding dalam dua kejohanan kebangsaan bulan depan.

Setiausaha kehormat PHS P.Kuganeson berkata pemilihan bagi anggota skuad kategori Terbuka akan diadakan pada 26 dan 27 Mei ini manakala kategori Bawah 16 tahun pada 16 Jun.

"Mereka yang terpilih dalam kategori Terbuka akan mewakili skuad Selangor pada Kejohanan Hoki Dalam Dewan Kebangsaan yang akan berlangsung di Ipoh, Perak dari 31 Mei hingga 3 Jun.

"Anggota pasukan Bawah 16 tahun pula akan merebut Piala Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) di kejohanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, dari 21 hingga 24 Jun," katanya dalam kenyataan, pada Selasa .

Kuganeson berkata mereka yang berminat mewakili skuad Selangor diminta hadir pada tarikh pemilihan ke Real Sports Arena, Klang Indoor Court di Klang.

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman web http://realsportsarena.com/ -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan