Lim Shimri Juara Siri Pertama MUDS 2012

Diterbitkan: Ahad, 13 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Atlet triatlon Lim Shimri muncul juara kategori lelaki universiti perlumbaan lasak Siri Duatlon Universiti Malakoff (MUDS) 2012 pusingan pertama di Universiti Malaya di sini, Sabtu.

Pelajar Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) itu mencatatkan masa cemerlang iaitu 48 minit 41 saat pada perlumbaan sejauh 18.4km melibatkan acara larian-berbasikal-larian.

Pelajar UPNM mendominasi kedudukan podium apabila tempat kedua disandang oleh Muhammad Tarmizizulfika Ismail dengan masa 49:32s manakala tempat ketiga pula oleh Mohd Aiman Mohd Halim dengan masa 51:47s.

Dalam kategori wanita unversiti, Lydia Tan dari Kolej Queenstown Resort mengungguli acara itu manakala atlet berpengalaman Rikigoro Shinozuka dan Nazihah Abdul Gani masing-masing menjuarai acara lelaki dan wanita terbuka.

Seramai 250 peserta menyertai pusingan pertama itu dan pusingan kedua akan diadakan pada Khamis depan di Universiti Putra Malaysia (UPM) manakala grand finale pada 26 Mei ini di UPNM. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan