Empat Juragan Bertarung Diperingkat Separuh Akhir MMRC

Diterbitkan: Sabtu, 12 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LUMUT: Empat juragan akan bertarung pada separuh akhir pusingan pertama Sirkit Kapal Layar Malaysia (MMRC) di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Teluk Muroh, dekat sini, pada Ahad.

Juara bertahan Jeremy Khoo dari Khoo Racing Team akan mengetuai saingan diiikuti Hazwan Hazim Dermawan (Permai Hotel Match Racing Team), Masyuri Rahmat (TLDM Match Racing Team 1) dan pendatang baru, Hafisfabillah Mohamad (TLDM Match Racing Team 2).

Pada sesi kelayakan pusingan akhir hari ini, Jeremy menghuni tangga pertama selepas berjaya mengumpul enam mata keseluruhan diikuti Hazwan Hazim dengan lima mata.

Pasukan Harisfabillah yang bermula perlahan sebelum ini berada di tangga ketiga dengan empat mata manakala pasukan Masyuri Rahmat berada di tangga keempat.

Kesemua mereka akan bersaing dalam lima perlumbaan pagi esok dan dua pasukan yang mengumpul mata tertinggi akan bersaing ke peringkat akhir yang dijadualkan pada sebelah petang. Juara bagi pertandingan ini akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM8,000 manakala pemenang tempat kedua akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 dan pemenang tempat ketiga akan menerima RM2,000.

Pusingan kedua MMRC akan diadakan di Pulau Indah, Selangor pada 29 Jun hingga 1 Julai dan diikuti peringkat akhir di Pulau Duyong, Terengganu pada 10 hingga 23 September ini.

Pasukan yang mengutip mata tertinggi selepas tiga pusingan akan dinobatkan sebagai juara MMRC 2012 dan seterusnya mewakili negara pada Piala Monsun di PUlau Duyong, Terengganu, dari 3 hingga 8 Disember ini.

Sirkit MMRC mendapat pengktirafan Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF), Alpari World Match Racing Tour (AWMRT) dan Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA). -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan