Jelajah 1Malaysia: Mohd Hariff Kuasai Peringkat Keempat

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pelumba pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) Hariff Salleh daripada menerima ucapan tahniah selepas berjaya menguasai peringkat keempat dari Kangar ke Sungai Petani di perlumbaan Jelajah 1 Malaysia 2012 di sini, Jumaat. Foto: BERNAMA
Pelumba pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) Hariff Salleh daripada menerima ucapan tahniah selepas berjaya menguasai peringkat keempat dari Kangar ke Sungai Petani di perlumbaan Jelajah 1 Malaysia 2012 di sini, Jumaat. Foto: BERNAMA

SUNGAI PETANI: Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) Mohd Harrif Salleh akhirnya meraih kemenangan pertamanya pada perlumbaan Jelajah 1Malaysia 2012.

Perlumbaan peringkat keempat Jelajah 1Malaysia dari Kangar ke Sungai Petani itu menyaksikan Mohd Harrif melakukan henjutan bertenaga mendahului kelompok besar pelumba-pelumba ke garisan penamat.

Pelumba berusia 24 tahun itu menamatkan saingan sejauh 115.6km dengan catatan masa dua jam, 40 minit dan 56 saat.

"Saya tidak dapat melakukan pecutan dengan baik pada peringkat pertama kerana masih keletihan selepas Jelajah Borneo.

"Hari ini, saya cuba untuk membuat pemecahan tapi tidak berjaya kerana dapat dikejar pelumba-pelumba lain dan sebab itu saya hanya tunggu peluang dalam kelompok besar untuk lakukan henjutan saat akhir," kata pelumba yang berasal dari Kampung Ladang Titian, Terengganu kepada pemberita di sini.

Pada edisi perlumbaan tahun lepas, Mohd Harrif merangkul jersi hijau selepas dinobatkan selaku 'Raja Pecut'.

Menurutnya peluang untuk menyarung semula jersi hijau pada edisi kali ini agak sukar.

"Untuk dapat jersi hijau agak susah sekarang ini. Adiq (Muhamad Adiq Husainie Othman) mendahului dengan jumlah mata yang besar dan saya tidak dapat kejar dia. Bagaimanapun, sekiranya ada pemecahan esok, saya akan cuba untuk menang satu lagi peringkat," kata calon pelumba lebuh raya negara ke Sukan Olimpik London, pada Julai depan.

Sementara itu, Muhamad Adiq Husainie masih mempertahankan jersi hijau (raja pecut) untuk empat peringkat berturut-turut dan seterusnya menjarakkan kedudukannya dengan mengumpul 66 mata.

Saingan terdekatnya, dua pelumba Jepun, Kazuhiro Mori dan Shinpei Fukuda daripada pasukan Aisan Racing Team mengekori masing-masing dengan 38 dan 31 mata manakala Mohd Harrif di tempat keempat dengan 29 mata.

Pelumba berusia 21 tahun itu, yang juga calon pelumba negara ke Sukan Olimpik London, turut mengekalkan jersi putih selaku pelumba terbaik Malaysia selepas mengumpul 16'06:48s.

Yusup Abrekov daripada pasukan Uzbekistan Suren Team juga mengekalkan jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan setakat ini selepas mengumpul 16'05:06s.

Pelumba kelahiran Uzbekistan itu turut mengekalkan jersi biru selaku pelumba terbaik Asia.

Jersi merah masih menjadi milik pelumba Putra Perjuangan dari Indonesia, Dadi Suryadi.

Peringkat kelima perlumbaan pada Ahad akan melibatkan jarak sejauh 194.9km dari Sungai Petani ke Ipoh, Perak, yang melibatkan satu zon pendakian kategori empat di Padang Rengas serta tiga zon pecutan di Penang Megamall, Bagan Serai dan Talang.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan