Fukushima Dinobat Tiga Gelaran Pada Peringkat Pertama

Diterbitkan: Rabu, 9 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAMPAR: Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Shinichi Fukushima menjuarai peringkat pertama perlumbaan berbasikal Jelajah 1 Malaysia (J1M) 2012, sejauh 161.5km dari Stadium Merdeka ke Bandar Baru Kampar, di sini Selasa.

Selain dinobatkan pemenang pada perlumbaan peringkat berkenaan, pelumba berasal dari Jepun itu juga merangkul jersi kuning dan biru selaku pelumba terbaik keseluruhan dan pelumba terbaik Asia.

Menamatkan perlumbaan mengatasi empat pelumba lain, Fukushima mencatatkan masa tiga jam, 50 minit dan 28 saat.

"Saya gembira kerana muncul juara peringkat pertama ini sekaligus berjaya menyarung jersi kuning. Pada Jelajah Thailand Mac lepas, saya hanya menduduki tempat keempat.

"Perlumbaan kali ini amat mencabar. Saya mengalami sedikit masalah semasa pendakian. Saya dan Saufi (Mohammad Saufi Mat Senan) membantu Harrif (Mohd Harrif Salleh) yang tercicir daripada kedudukannya dalam kelompok pelumba di hadapan," kata pelumba berusia 41 tahun, yang kali terakhir memenangi jersi kuning pada Jelajah Brunei, tahun lepas.

Pada perlumbaan peringkat pertama termasuk membabitkan pendakian di Ulu Yam, Selangor, Mohammad Saufi juga dari TSG, memenangi jersi merah selepas mengumpul enam mata.

Mengekori rapat di belakang Mohammad Saufi ialah pelumba New Zealand, Michael Torckler daripada pasukan Pure Black Racing dan pelumba Indonesia, Tonton Susanto daripada pasukan Putra Perjuangan, dengan masing-masing mengutip empat dan dua mata.

Sementara itu, pelumba pasukan Malaysia Development, Mohamad Adiq Hussainie Othman muncul pelumba terbaik Malaysia dan berjaya menyarung jersi hijau apabila muncul pendahulu dalam kategori Raja Pecut.

Mohamad Adiq Hussainie berjaya mengutip 20 mata selepas memenangi dua daripada tiga kategori pecutan di Ulu Yam Baru dan Tanjung Malim.

Pada zon pecutan ketiga di Bidor, beliau menduduki tempat kedua.

"Saya menyertai perlumbaan ini sebagai persiapan untuk Jelajah Jepun pada 20 Mei ini. Saya tidak meletakkan sasaran untuk memenangi sebarang jersi pada kejohanan ini dan hanya mencuba nasib jika ada peluang.

"Saya gembira dengan pencapaian hari ini dan akan terus melakukan yang terbaik pada perlumbaan peringkat seterusnya," kata pelumba berusia 21 tahun, yang merupakan antara lima pelumba negara yang disenarai pendek dalam acara lebuh raya pada Sukan Olimpik London, Julai depan.

Perlumbaan peringkat kedua pada Rabu, yang merupakan perlumbaan laluan terpanjang pada edisi kali ini, akan melibatkan sejauh 201.8km dari Bandar Baru Kampar ke Kulim, Kedah.

Perlumbaan itu akan membabitkan tiga zon pecutan di Tasek, Kati dan Selama serta satu pendakian di Bukit Sumpitan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan