Fauzi, Syafiq Harapan Raih Pingat Sukan SEA 2013

Diterbitkan: Rabu, 9 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad pelapis angkat berat negara menaruh harapan pada dua atlet muda, Mohd Fauzi Hasbulah dan Mohd Syafiq Hussin, yang dilihat dapat membuka peluang cerah memenangi pingat pada Sukan SEA Myanmar 2013.

Jurulatih skuad, Hidayat Hamidon berkata sandaran tersebut berdasarkan bakat, kebolehan dan kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh Mohd Fauzi (kategori 62kg) dan Mohd Syafiq (kategori 105kg) sejak kedua-duanya mula menyertai barisan pelapis awal tahun ini.

Beliau berkata walaupun tarikh Sukan SEA Myanmar 2013 masih jauh, skuad bimbingannya telah membuat persiapan memulakan latihan sejak awal tahun bagi memastikan semua atlet bersedia menggalas cabaran negara ke temasya dwi-tahunan itu.

Hidayat memberitahu Bernama, walaupun tahun ini atlet pelapis tidak menyertai kejohanan di luar negara, beliau tetap optimis membimbing atletnya agar setiasa bersedia menghadapi sebarang kejohanan.

"Setiap dua kali seminggu saya akan adakan pertandingan dalaman sesama atlet bagi memastikan psikologi mereka (atlet) sentiasa dalam keadaan situasi berdepan dengan pertandingan. Dalam kehidupan harian atau diari seseorang atlet itu, tidak ada istilah rehat," katanya.

Beliau berkata kejohanan terdekat yang akan disertai atlet skuad pelapis ialah Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-15 di Pahang pada 7 hingga 16 Julai depan.

Hidayat berharap semua atlet pelapis angkat berat akan menggunakan sebaik mungkin peluang untuk membuktikan mereka layak bergelar sebagai atlet kebangsaan.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan