Malaysia Alami Kekalahan Keempat Pada Pusingan Kelayakan Olimpik

Diterbitkan: Khamis, 3 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad hoki wanita negara mengalami kekalahan berterusan pada pusingan kelayakan Olimpik apabila tunduk 2-3 kepada Austria pada perlawanan 'round-robin' akhir di Kakamigahara, Jepun, pada Khamis.

Austria membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh menerusi pukulan sudut penalti oleh Alexandra Sandner sebelum Malaysia menyamakan kedudukan menerusi jaringan Norbaini Hashim pada minit ke-20.

Siti Rahmah Othman meletakan Malaysia 2-1 pada separuh masa menerusi jaringan pada minit ke-27.

Austria bangkit semula pada babak kedua perlawanan dengan menyamakan kedudukan pada minit ke-53 menerusi Larta Maginja sebelum Sandner muncul wira dengan gol kemenangan pada minit ke-67.

Kejayaan tipis itu merupakan kemenangan pertama bagi Austria selepas lima perlawanan dan menduduki tangga kelima dalam saingan enam pasukan dengan mengumpul tiga mata. Malaysia, yang gagal layak ke Sukan Olimpik London, Julai ini, tercorot dalam senarai pasukan dengan mengutip satu mata, hasil keputusan seri 2-2 dengan Belarus sebelum ini.

Bagaimanapun, Malaysia mempunyai peluang untuk menebus kekecewaan dengan Austria apabila kedua-dua pasukan itu bertemu sekali lagi pada perlawanan menentukan tempat kelima, Sabtu ini.

Dalam saingan kelayakan Olimpik, Malaysia mengalami kekalahan di tangan pasukan Azerbaijan 0-4, Jepun (0-8), Chile (1-2) dan 2-3 kepada Austria. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan