Zagordniy Juara Peringkat Terakhir, Torckler Kekalkan Jersi Kuning

Diterbitkan: Rabu, 2 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Volodymyr Zagorodniy dari Uzbekistan Suren Team muncul juara peringkat akhir kejohanan berbasikal Jelajah Borneo 2012 yang pertama kali diadakan di sini Selasa.

Pada perlumbaan sejauh 112.4km itu, pelumba Ukraine itu mencatat masa 2 jam 40 minit dan 30 saat untuk menjadi pelumba yang pertama tiba di garisan penamat, manakala dua pelumba Australia, Luke Joyce dari Team Plan B dan Blake Hose dari Genesys Wealth Advisers, mengikut rapat di belakang.

Kemenangan itu adalah yang pertama untuk Uzbekistan Suren Team musim ini.

Penamat peringat akhir perlumbaan itu disaksikan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jersi kuning untuk pelumba terbaik keseluruhan pula kekal bersama pelumba New Zeland Michael Torckler dari Pure Black Racing Team, apabila beliau mencatat masa keseluruhan 19 jam, 32 minit dan 4 saat.

Mengikut rapat dengan hanya berbeza enam saat ialah Nathan Earle dari Genesys Wealth Advisers untuk menduduki tempat kedua, manakala rakan sepasukan Earle, Jonathan Lovelock di tempat ketiga dengan jumlah keseluruhan masa 19:32:48.

Selepas menamatkan lima peringkat perlumbaan, Torckler yang berusia 25 tahun itu juga mengekalkan jersi oren apabila muncul juara acara pecut.

Jersi merah pula kekal dengan Earle selepas mengumpul 15 mata.

"Selepas peringkat pertama, sudah pasti saya dan pasukan cuba untuk mendapatkan jersi kuning tetapi Pure Black sangat kuat," kata Earle.

Sementara itu, pelumba Kazakhstan Sergey Kuzmin merangkul jersi biru apabila muncul pelumba terbaik Asia.

Mohd Shahrul Mat Amin dari Terengganu Cycling Team (TSG) muncul sebagai pelumba terbaik Malaysia untuk membolehkannya merangkul jersi putih, diikuti Mohd Nazri Mohamad dari Kuala Lumpur di tempat kedua dan Mohd Nor Umardi Rosdi juga dari TSG di tempat ketiga.

"Saya berpuas hati dengan perlumbaan kali ini sebab dapat memenangi jersi putih dan pasukan terbaik Malaysia. Bagaimanapun, saya sedikit kecewa kerana hasrat saya untuk meraih jersi terbaik Asia (jersi biru) agak sukar. Ini kerana ramai pakar mendaki pasukan TSG kini bertanding dalam Jelajah Korea," kata Mohd Shahrul.

Selepas menamatkan Jelajah Borneo, Mohd Shahrul akan membuat persediaan untuk Jelajah 1Malaysia 2012 yang akan berlangsung dari 8 hingga 13 Mei.

Sementara itu, Genesys Wealth Advisers Team diumum sebagai juara pasukan keseluruhan selepas mencatat 58 jam 37 minit dan 20 saat.

Kelab berbasikal Indonesia Putra Perjuangan pula muncul pasukan terbaik keseluruhan Asia selepas mencatat masa 58 jam 59 minit dan 29 saat. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan