PGM-MST Golf Tubuh Program Jangka Panjang Sukan Golf Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 2 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Demi kepentingan sukan golf di Malaysia, Persatuan Profesional Golf Malaysia (PGM) dan MST Golf mengambil langkah menubuhkan PGM Peak Performance Golf Academy sebagai tapak melahirkan pemain-pemain elit terbaik di peringkat Asia Tenggara dan dunia.

Akademi yang akan bermula pada 14 Mei ini berpusat di Kelab Golf Kinrara sudahpun mempunyai 16 pemain golf termasuk enam orang pemain profesional dan 10 orang pemain amatur.

"Akademi ini khusus untuk pemain golf lelaki berumur 16 hingga 25 tahun dan mereka dipilih berdasarkan handikap tiga ke bawah.

"Latihan selama enam bulan ini tertumpu pelbagai program termasuk kemahiran, teknikal, mental, strategi dan sebagainya.

"Program selama lima tahun ini dibantu sepenuhnya oleh MST Golf dan saya yakin akademi ini akan turut membantu persiapan pasukan negara menghadapi Sukan Olimpik 2016 yang pertama kali menyenaraikan acara ini," kata Pengerusi PGM, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid kepada media selepas majlis tandatangan PGM-MST Golf, Rabu.

Ahmad Sarji berkata, penilaian prestasi pemain-pemain akan dibuat selepas mereka mengikuti kejohanan PGM ataupun Jelajah Asia.

"Kita tidak meletakkan sasaran pada tahun pertama penubuhan akademi ini. Ianya dapat dilihat selepas enam bulan mereka mengikuti latihan dan kita akan nilai sama ada program ini memberi kesan atau tidak kepada mereka.

"Bagaimanapun saya yakin ia berbaloi dengan yuran RM3,000 yang dibuat oleh peserta manakala 60 peratus yuran ditanggung oleh PGM," tambahnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Bahagian Pemasaran MST Golf, Paul Gibbons berkata, pihaknya berbesar hati menjadi sebahagian daripada keluarga PGM dengan melaksanakan program-program seperti yang dilakukan oleh pemain-pemain dunia yang lain.

"Pemain-pemain juga berpeluang menjalani latihan di bawah jurulatih terbaik seperti Ian Trigg yang telah melahirkan ramai jaguh dunia.

"Akademi ini akan meliputi pelbagai aspek termasuk kecergasan, pemakanan, fisioterapi dan sebagainya," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan