Hoki: Malaysia Kalah 1-2 Menentang Chile Di Perlawanan Kelayakan Olimpik

Diterbitkan: Rabu, 2 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad hoki wanita kebangsaan terus menunjukkan prestasi muram di perlawanan kelayakan Olimpik di Kakamigahara, Jepun, bila mereka tewas 1-2 ketika menentang Chile pada Selasa.

Ini merupakan kekalahan ketiga pasukan Malaysia di bawah bimbingan bekas ketua antarabangsa, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim.

Mereka kalah 0-4 di tangan Azerbaijan pada perlawanan pembukaan sebelum dibelasah 0-8 oleh pasukan tuan rumah Jepun yang juga pilihan utama kejohanan.

Malaysia seri 2-2 dengan Belarus di perlawanan ketiga dua hari lepas.

Fazilla Slyvester Silin memberikan harapan kepada pasukan Malaysia di peringkat awal perlawanan pada Selasa abila beliau meraih gol pembukaan menerusi sudut penalti pada minit ke 49.

Pasukan Chile membalas dengan dua gol pada minit ke 66 dan ke 69.

Kemenangan itu meletakkan Chile di tempat ketiga dengan tujuh mata sementara Malaysia, yang kini terlepas peluang menempah tempat di Olimpik, di tempat kelima dengan satu mata.

Pada Khamis, Chile akan menemui Azerbaijan sementara Malaysia menemui Austria pada perlawanan kelima. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan