Pahang Kutip Empat Emas Hari Keempat Kejohanan Silat Kebangsaan Ke-16

Diterbitkan: Sabtu, 28 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juara bertahan Pahang membuktikan keunggulan mereka dalam kategori silat seni selepas meraih empat daripada enam pingat emas dalam kategori tersebut pada hari keempat Kejohanan Silat Kebangsaan ke-16 di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras di sini, Jumaat.

Mohd Faqiyuddin Hamid menghadiahkan emas pertama untuk negeri Pantai Timur itu selepas mencatatkan 453 mata untuk menewaskan dua pencabarnya iaitu Hilmi Asmawi Zakaria dari Lincah Malaysia dan Amirul Akmal Abdullah dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang masing-masing memungut 443 dan 441 mata.

Pasangan Mohd Hafiz Mohamad Arif/Mohd Taqiyuddin Hamid menyumbang emas kedua untuk juara kejohanan pada 2004, 2006 dan 2010 itu dalam acara Ganda Putera manakala trio Mohd Nazreen Zulkefli, Mohd Hafidzul Hakimi Ibrahim dan Rosli Mohd Sharif pula memberi emas ketiga Pahang dalam acara Regu Putera.

Pasangan adik beradik Nur Atikah dan Nur Jannah Alias menyumbangkan emas terakhir untuk skuad Pahang selepas mencatatkan 541 mata dalam acara Ganda Puteri.

Nur Atikah turut menyumbangkan satu pingat gangsa kepada Pahang menerusi acara Jurus Tunggal Puteri selepas mencatatkan 444 mata.

Empat pingat emas serta satu gangsa yang diraih Pahang membolehkan mereka mendahului carta kedudukan pingat sambil diekori rapat oleh juara 1988 dan 1990, Selangor dengan satu pingat emas dan tiga perak manakala Terengganu di tangga ketiga dengan satu emas dan satu gangsa.

Baki enam lagi pingat emas dalam silat seni ditawarkan menerusi acara Solo Bebas Putera dan Puteri, Tempur Tangan Kosong Putera dan Puteri serta Tempur Bersenjata Putera dan Puteri yang dijadualkan berlangsung lewat malam ini.

KEPUTUSAN KATEGORI SILAT SENI KEJOHANAN SILAT KEBANGSAAN KE-16 - Jurus Tunggal Putera - EMAS : Pahang PERAK : Lincah Malaysia GANGSA: ATM Ganda Putera - EMAS : Pahang PERAK : Selangor GANGSA: Terengganu Regu Putera EMAS : Pahang PERAK : Selangor GANGSA: ATM Jurus Tunggal Puteri - EMAS : Selangor PERAK : Perak GANGSA: Pahang Ganda Puteri - EMAS : Pahang PERAK : Gayong Fatani GANGSA: Perak Regu Puteri - EMAS : Terengganu PERAK : Selangor GANGSA: Melaka - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan