Jelajah Borneo: Earle Juara Peringkat Kedua, Torckler Pertahan Jersi Kuning

Diterbitkan: Sabtu, 28 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Kerjasama rapat antara anggota pasukan membuka laluan kepada pelumba Australia Nathan Earle dari pasukan Genesys Wealth Advisers untuk menjuarai peringkat kedua Jelajah Borneo 2012 di sini, Sabtu.

Earle, yang bersaing dalam kelompok utama, melakukan kayuhan bertenaga pada beberapa kilometer terakhir untuk muncul sebagai pelumba pertama melepasi garisan penamat. Pelumba berusia 24 tahun ini mencatat masa tiga jam, 38 minit dan 44 saat pada perlumbaan sejauh 146.6km dari Tawau ke Lahad Datu.

Mengulas pencapaiannya, Earle berkata: "Kejayaan pada peringkat ini amat mencabar dengan pasukan New Zealand, Pure Black Racing Team memang hebat. Terdapat begitu banyak serangan."

Earle berkata pada awalnya, dia hanya mampu mengekori penyandang jersi kuning Michael Torckler tetapi dengan bantuan rakan sepasukan, beliau telah berjaya melepaskan diri daru kelompok utama dan menjadi pendahulu dalam perlumbaan.

"Tujuan kami menyertai jelajah ini ialah untuk menang. Semakin menghampiri penghujung perlumbaan, saya memberi perhatian kepada jersi kuning dan pasukan itu (Pure Black), yang begitu kuat hari ini.

"Rakan sepasukan saya mengawal pergerakan mereka dan akhirnya, ia membawa kemenangan kepada kami," kata Earle.

Kemenangan itu merupakan kejayaan ketiga bagi Genesys Wealth Advisers dalam Jelajah Asia UCI musim ini selepas menjuarai dua peringkat dalam Jelajah Taiwan pada bulan lepas.

Earle diikut rapat oleh Mohd Shahrul Afiza Fauizan dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), yang membuat kejutan pada garisan penamat.

Mohd Shahrul Afiza berkata dia gembira kerana berpeluang menaiki podium untuk kali pertama dalam kerjayanya, setelah hampir berjaya berbuat demikian dalam Jelajah Malaysia tahun lepas apabila menduduki tempat keempat dalam satu peringkat perlumbaan.

Beliau berkata setelah tidak berkayuh selama hampir setahun, beliau mendapat kebenaran daripada majikannya untuk mengikuti latihan bersama Pasukan Lumba Basikal Terengganu (PLBT).

"Peluang berlatih bersama PLBT terbukti berbaloi. Keadaan saya lebih baik sekarang. Oleh kerana saya memenangi jersi biru, maka saya akan cuba mempertahankannya hingga ke akhir walaupun terpaksa bersaing dengan beberapa pelumba ternama Asia pada perlumbaan ini," kata Mohd Shahrul Afiza, yang juga meramps jersi putih daripada Mohd Harrif Salleh sebagai pelumba tempatan terbaik setakat ini.

Sementara itu, pelumba Suren Team dari Uzbekistan Azamat Turaev muncul sebagai raja bukit pertama Jelajah Borneo apabila dia mengatasi pelumba lain bagi zon pendakian di Giram Estate dan Lembah Danum. Jersi kuning pula terus menjadi milik Michael Torckler dari Pure Black Racing Team.

Perlumbaan peringkat ketiga sejauh 181.1km esok sekali lagi akan menjadi kegemaran pelumba pecut kerana ia melibatkan laluan mendatar dari Lahad Datu ke Sandakan, dengan zon pecutan terletak di Kampung Paris dan Bukit Garam.

Jelajah Borneo lima peringkat itu melibatkan jarak 758.4km. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan