Sukan Paralimpik: Dua Atlet Lepasi MQSA Ke London

Diterbitkan: Jumaat, 27 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cawangan Paralimpik Majlis Sukan Negara (MSN) mensasarkan lebih empat atlet kategori B olahraga paralimpik negara melepasi had standard minimum kelayakan A (MQSA) untuk beraksi di temasya Paralimpik London 2012.

Pengarahnya Mohd Safrushahar Yusoff berkata setakat ini, dua atlet kategori B iaitu Mohd Azlan Mohd Lazim (acara 100M lelaki kategori F36/kecacatan anggota dan Amir Firdaus (acara lompat jauh lelaki kategori F38/kecacatan anggota) berjaya melepasi MQSA.

Ia dicapai menerusi kejohanan Olahraga Paralimpik Terbuka Malaysia yang berlangsung di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN, Khamis.

"Sebelum ini, 15 atlet kategori A telah melepasi MQSA dan berharap lebih ramai lagi atlet olahraga paralimpik memperoleh kelayakan secara merit untuk ke London," katanya kepada Bernama hari ini.

Mohd Safrusahar menyifatkan kejohanan itu sebagai 'pemanas badan' bagi atlet paralimpik kategori A dan berharap mereka menggunakan peluang itu untuk memperbaiki prestasi masing-masing.

"Untuk atlet kategori B pula, peluang yang terhidang di depan mata ini seharusnya digunakan sebaik mungkin untuk menempah tiket ke Paralimpik London," katanya.

Beliau secara peribadi berpuas hati dengan kesungguhan yang ditunjukkan semua atlet paralimpik kerana sesetengahnya berjaya memperbaharui rekod peribadi menerusi kejohanan itu.

Nama atlet paralimpik acara olahraga yang layak ke London akan diketahui selewat-lewatnya pertengahan Mei, katanya.

Dalam pada itu, jurulatih skuad olahraga Paralimpik Brunei, Lim Chee Wee memuji tahap kemudahan yang terdapat di Stadium Mini MSN.

"Saya dan atlet rasa selesa beraksi di sini kerana pihak MSN telah menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh atlet Orang Kelainan Upaya (OKU).

"Lagipun cuaca di Malaysia hampir sama dengan Brunei dan mereka dapat sesuaikan diri dengan mudah," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan