Kejohanan Olahraga Paralimpik: Malaysia Mucul Juara Dengan Kutipan 27 Emas

Diterbitkan: Jumaat, 27 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia muncul juara keseluruhan edisi sulung Kejohanan Olahraga Paralimpik Terbuka Malaysia dengan kutipan 27 emas, lapan perak dan sebutir gangsa apabila pertandingan itu menutup tirainya di sini, Jumaat.

Kejohanan tersebut menyaksikan India menduduki tangga kedua dengan 25 meas, 10 perak dan tiga gangsa manakala Sri Lanka menghuni tangga ketiga dengan kutipan 15 emas, 18 perak dan sembilan gangsa.

Kejohanan di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, itu berjaya menarik penyertaan 130 atlet daripada 13 buah negara antaranya Afghanistan, Brunei, Filipina, India, Jepun, Norway, Mongolia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia Datuk Zainal Abu Zarin berkata sebanyak 10 rekod Asia diperbaharui pada kejohanan itu, dua daripadanya oleh atlet junior negara, Abdul Halim Baharuddin.

"Abdul Halim berjaya mengatasi dua rekod Asia menerusi acara 1,500m kategori T38 (Palsi Serebrum) dan acara 800m ...ini menujukkan bahawa atlet paralimpik negara kita juga setanding dengan atlet negara lain," katanya kepada Bernama pada Jumaat.

Zainal, yang juga Presiden Jawatankuasa Paralimpik Asia (APC), berkata kejayaan yang dicapai oleh semua atlet diiktiraf Majlis Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan ia boleh diguna sebagai tiket untuk melayakkan diri ke temasya Paralimpik London 2012.

"Saya juga merasa bangga kerana Malaysia telah berjaya menjadi tuan rumah bagi kejohanan bertaraf antarabangsa ini dan mendapat pujian daripada negara peserta. "Selain dapat membantu atlet paralimpik negara mendapat tiket ke London ...kita juga dapat membuka peluang kepada negara lain terutamanya negara yang berada di zon Asean memburu tiket terakhir ke Paralimpik London 2012," katanya.

Zainal berkata beliau menaruh harapan tinggi agar kejohanan ini akan terus mendapat sambutan daripada negara jiran apabila ia akan dijadikan sebagai acara tahunan mulai tahun depan.

Sementara itu, Abdul Halim, 17 tahun meluahkan rasa gembira apabila beliau dinobatkan sebagai atlet terbaik pada kejohanan itu dengan memperbaharui dua rekod Asia.

"Saya tidak sangka dapat pergi jauh sehingga tahap ini dan kejayaan ini adalah hasil usaha gigih selama tiga bulan bersama bantuan jurulatih Ahmad Omar yang telah banyak membantu saya," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan