Mohd Hisham Idam Beraksi Di Paralimpik London

Diterbitkan: Rabu, 25 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Atlet paralimpik elit negara Mohd Hisham Khaironi berhasrat memperoleh kelayakan secara merit bagi mewakili Malaysia ke temasya Paralimpik London 2012.

Namun, Mohd Hisham, 33, kecewa dengan prestasinya pada Rabu walaupun meraih pingat emas dalam acara 200m lelaki kategori T12/cacat intelektual dengan catatan 24.20' pada hari ketiga Kejohanan Olahraga Paralimpik Terbuka Malaysia di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN).

Pemenang pingat emas Sukan Para SEA di Solo, Indonesia 2011 itu berkata beliau sedih kerana gagal mengatasi rekod terbaik peribadinya 23.52' yang dilakukannya di Solo.

Atlet yang berasal dari Kajang, Selangor itu berkata beliau menaruh harapan tinggi untuk beraksi secara merit ke London nanti.

Mohd Hisham sebelum ini pernah beraksi secara 'Wild card' di Paralimpik edisi Sydney, Australia 2000 dan Pralimpik Athens, Greece 2004. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan