Mohd Harris Salleh Ketuai Pasukan TSG Ke Tour De Borneo - Sukan Ekstra | mStar

Mohd Harris Salleh Ketuai Pasukan TSG Ke Tour De Borneo

Diterbitkan: Rabu, 25 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pelumba basikal negara Mohd Harris Salleh akan mengetuai pasukan Terengganu Pro Asia Cycling Team (TSG) ke kejohanan lumba basikal Tour de Borneo yang julung kali diadakan pada 27 April hingga 1 Mei ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TSG Hadi Hassan berkata TSG menyenaraikan lima orang pelumba termasuk Mohd Harris untuk membawa cabaran di kejohanan.

Empat lagi pelumba yang akan mengiringi Harris ialah Mohd Shahrul Mat Amin, Ahmad Faiz Abdul Kadir, Mohd Nor Umardi dan Muhammad Shobry Abdullah, yang diharap dapat mengharumkan nama Terengganu di kejohanan itu.

"Ini merupakan kejohanan kelima yang disertai TSG tahun ini," katanya kepada Bernama di sini.

Hadi berkata pelumba-pelumba itu dilatih jurulatih dari Perancis, Sebastien Duclos.

Beliau berkata bagi TSG, kejohanan itu penting bagi membolehkan pelumba menimba pengalaman sebelum menyertai kejohanan lebih mencabar Jelajah Malaysia mulai 8 hingga 13 Mei nanti.

Beliau berkata sebelum ini, TSG menyertai beberapa kejohanan utama sebelum ini seperti Le Tour de Langkawi, Thailand, Filipina dan Korea.

Hadi berkata sehingga Julai ini, TSG telah menerima jemputan 11 negara dan kesemua jemputan itu akan disertai pasukan berkenaan.

Katanya pasukan kedua TSG kini sedang menyertai kejohanan Le Tour de Korea yang berlangsung dari 22 hingga 29 April yang merupakan satu kejohanan terbesar di Asia.

Katanya TSG menyenaraikan enam pelumba iaitu Chan Jiang Je, Kim Dong Hyong, Mohd Saufi Senan, Mohd Saiful Anuar, Mohd Zamri Salleh dan Nor Amirul Fakhruddin ke kejohanan itu dengan pengurusnya Mohd Jasmin Roslan. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan