Kerajaan Pahang Promosi Sukan Malaysia Di Negeri-Negeri - Sukan Ekstra | mStar

Kerajaan Pahang Promosi Sukan Malaysia Di Negeri-Negeri

Diterbitkan: Rabu, 25 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Delegasi kerajaan negeri Pahang dalam siri Jelajah Malaysia bagi mempromosikan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-16 Julai ini telah singgah di Perlis, Rabu.

Perlis merupakan negeri ketiga yang disinggah oleh delegasi seramai 84 anggota termasuk 50 penunggang motosikal berkuasa tinggi bagi memberi undangan rasmi kepada negeri itu menghantar kontinjen menyertai temasya sukan itu.

Rombongan itu, yang memulakan siri jelajah itu pada Isnin lalu, sebelum ini telah singgah di Pulau Pinang dan Kedah.

Rombongan itu, yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang Datuk Wan Rosdi Wan Ismail, menemui Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu di pejabatnya di sini.

Turut sama menyambut kedatangan rombongan itu adalah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Abd Jamil Saad.

Bercakap kepada pemberita sewaktu kunjungannya itu, Wan Rosdi berkata satu lagi rombongan negeri Pahang akan pergi ke Kelantan dan Terengganu atas tujuan yang sama.

Seramai lebih 6,000 atlet dan pegawai dijangka mengambil bahagian pada temasya kali dari 7 hingga 16 Julai ini. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan