Ganjaran RM2 Juta Menanti Pemenang Pingat Emas Olimpik Negara

Diterbitkan: Rabu, 25 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemenang pingat emas Sukan Olimpik London Julai-Ogos ini sudah pastinya akan pulang sebagai seorang jutawan dengan ganjaran minimum RM2 juta menanti mereka.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Gan Ping Sieu ketika mengumumkan demikian berkata, sebuah syarikat korporat telah pun memberi kata janji untuk menyumbang RM1 juta untuk pemenang pingat emas negara pada temasya yang akan berlangsung mulai 27 Julai hingga 12 Ogos itu.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan lagi identiti syarikat berkenaan.

Ganjaran tersebut adalah tambahan kepada RM1 juta daripada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mana-mana pemenang pingat emas negara.

MSN juga telah menjanjikan elaun sebanyak RM5,000 sebulan kepada pemenang pingat emas Olimpik negara sepanjang hayatnya.

Secara realistiknya, wakil Malaysia yang berupaya bersaing merebut pingat emas dalam Sukan Olimpik ialah pemain badminton Lee Chong Wei, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, perenang Pandelela Rinong, pelumba basikal Azizul Hasni Awang dan pasukan memanah yang diketuai Cheng Chu Sian.

Dalam pada itu, Gan turut mengalu-alukan penyertaan penajaan daripada 100Plus sebanyak RM4 juta untuk program televisyen menjelang bermulanya Sukan Olimpik.

Program itu akan ke udara melalui saluran Astro Arena (801) mulai Sabtu ini jam 12 tengah hari.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan