Yakeb Lengkapkan Pembangunan Sukan Negara - Razali

Diterbitkan: Selasa, 24 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb)adalah pelengkap kepada pembangunan sukan negara, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim.

Beliau berkata penubuhan yayasan itu membolehkan kebajikan atlet dan bekas atlet terbela selain memastikan mereka terus dihormati dan dihargai masyarakat. "Harap semua atlet, tidak semestinya bekas atlet sahaja, untuk bersama-sama menyertai Yakeb.

"Yakeb selepas ini harap akan lebih agresif untuk turun ke bawah dan mencari bekas atlet yang saya yakin jumlahnya besar di luar di sana," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kad Ahli Yakeb di Sri Perdana di sini, Selasa.

Yakeb yang ditubuhkan pada 2008 dan kini dianggotai lebih 1,500 atlet dan bekas atlet, antaranya atlet bina badan Datuk Malek Noor, Datuk Soh Chin Aun (bola sepak). Datuk M.Rajamani (olahraga), Datuk Misbun Sidek (badminton) dan Datuk Santokh Singh (bola sepak).

Kad ahli yang turut dikenali sebagai kad diskaun Yakeb itu membolehkan anggota yayasan itu menikmati diskaun di premis-premis terpilih seperti pasar raya, kedai peralatan sukan, restoran, hotel serta perkhidmatan awam.

Jamil berkata setakat ini sebanyak 30 syarikat terlibat dalam penajaan diskaun itu.

"Matlamat kita adalah supaya kad ini akan diterima pakai di seluruh negara. Usaha ini adalah usaha berterusan dan kami akan terus mencari peluang untuk menjalin kerjasama dengan pihak swasta mahupun kerajaan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan