Skuad Paralimpik Negara Raih Lapan Emas Pada Hari Pertama

Diterbitkan: Selasa, 24 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad olahraga paralimpik negara meraih lapan emas pada hari pertama Kejohanan Olahraga Paralimpik Terbuka Malaysia hari ini di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN).

Ia dikutip menerusi Hema Devi (lontar peluru wanita kategori kecacatan F12/cacat anggota badan) dengan lontaran sejauh 10.34m dan Nur Suhana Ramlan(lontar peluru wanita kategori kecacatan F12/cacat anggota badan) dengan lontaran 10.88m.

ingat turut diperoleh menerusi acara trek oleh Mohd Hisham Khaironi (100m lelaki kategori kecacatan T12/cacat intelektual) dengan catatan 11.80', Mohd Azlan Mat Lazin (100mlelaki kategori kecacatan T36/cacat intelektual) dengan catatan 13.10', Amir Fidzuan Mohamad Puzi(100m lelaki kategori kecacatan T38/cacat intelektual) dengan catatan 12.76' dan Ahmad Rafee Ariffin (800m lelaki kategori kecacatan T46/cacat intelektual) dengan catatan 2:05.72'.

Dua pingat emas lagi disumbangkan menerusi acara lompat jauh iaitu Sevilin Nelson (lompat jauh lelaki kategori kecacatan F36/anggota badan) dengan lompatan sejauh 4.20m dan Amir Firdauss Jamaluddin (lompat jauh lelaki kategori kecacatan F38/anggota badan) dengan lompatan sejauh 5.14m.

Ketua jurulatih olahraga paralimpik kebangsaan, R. Jeganathan berkata beliau berpuas hati dengan pencapaian lapan pingat emas dan empat pingat perak yang berjaya dipunggut oleh anak didiknya itu.

"Walaupun pingat emas bukanlah misi utama kita, saya tetap berbangga dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua atlet paralimpik.

"Ada di antara atlet paralimpik yang berjaya melakukan catatan peribadi terbaik walaupun masih belum yang dapat melepasi standard minimum kelayakan A (MQSA) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan (NPC) untuk layak secara merit ke Temasya Olimpik London 2012," katanya.

Beliau berharap ada antara atlet paralimpik negara yang mampu mendapat tiket secara merit ke London.

"Untuk melepasi had minimum MQSA bukan mustahil namun atlet paralimpik negara perlu berusaha secara bersungguh-sungguh," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan