Nur Aiman Yakin Pertahan Gelaran Juara

Diterbitkan: Selasa, 24 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemain elit boling negara, Muhammad Nur Aiman Muhammad Khairudin yakin akan mempertahankan gelaran juara yang dimenangi tahun lalu menjelang Kejohanan Boling Antarabangsa Malaysia Canon ke-35 pada 4 hingga 12 Mei ini di Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid.

Nur Aiman dinobatkan sebagai juara Terbuka Masters Lelaki tahun lalu selepas membuat kejutan dengan menewaskan pemain dari Thailand.

Dengan persiapan rapi sepanjang tahun ini, Nur Aiman menaruh harapan tinggi agar gelaran juara itu akan menjadi miliknya sekali lagi.

"Setakat ini semuanya berjalan lancar. Latihan juga seperti biasa. Saya juga turut menjalani latihan fisioterapi bahagian pergelangan tangan kiri yang tercedera sebelum ini, dan harapnya boleh beraksi dengan baik minggu depan.

"Selepas Kejohanan Antara Negeri yang berakhir Mac lalu, inilah pertandingan yang paling besar setakat ini.

"Saya pasti semua rakan-rakan sudah bersedia untuk menghadapi saingan daripada pemain-pemain negara lain," katanya kepada media selepas sidang media kejohanan tersebut, Selasa.

Nur Aiman yang juga juara individu lelaki pada Kejohanan Antara Negeri ke-25 baru- baru ini berkata, dia sangat teruja untuk bersaing pada kejohanan tahunan ini.

"Saya akan cuba mempertahankan gelaran yang diraih tahun lalu. Kami akan cuba yang terbaik.

"Selepas kejohanan ini, kami akan meneruskan aksi di Filipina sebelum meneruskan pertandingan di Hong Kong, Singapura dan sebagainya," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan