Malaysia Gagal Juarai Kumpulan A Selepas Tunduk 2-7 Kepada Vietnam

Diterbitkan: Selasa, 24 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia gagal menjuarai Kumpulan A Kejuaraan Futsal AFF 2012 apabila kalah 2-7 kepada Vietnam dalam perlawanan akhir kumpulan di Stadium Thonburi, Bangkok pada Isnin.

Vietnam, yang dibimbing oleh jurulatih dari Itali, Sergio Gargelli, menjadi juara kumpulan dengan rekod tanpa kalah manakala Malaysia naib juara kumpulan dengan sembilan mata.

Malaysia mungkin berdepan dengan juara bertahan Thailand pada perlawanan separuh akhir Rabu ini.

"Kami telah mencapai sasaran awal dengan melangkah ke separuh akhir," kata Gargelli seperti dipetik oleh laman sesawang AFF www.aseangootball.org.

Malaysia dan Vietnam sudah layak ke separuh akhir manakala Thailand akan bertemu Indonesia lewat hari ini bagi menentukan kedudukan akhir kumpulan B.

Pada perlawanan sebelum ini, Kemboja menduduki tempat ketiga Kumpulan A apabila mencatatkan kemenangan sulung dengan mengalahkan Filipina 9-5. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan