Hadiah Wang Kejohanan Boling Terbuka Malaysia Meningkat

Diterbitkan: Selasa, 24 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hadiah wang bagi Kejohanan Boling Terbuka Canon Malaysia ke-35 pada Mei telah ditambah kepada RM366,050 berbanding RM219,150 pada edisi lepas.

Presiden Tenpin Boling Malaysia (MTBC) Datuk Dr P. S. Nathan berkata hadiah wang keseluruhan bagi semua kategori meningkat kepada RM146,900, sekaligus dilihat akan menggalakkan lebih ramai peserta luar negara menyertai kejohanan itu.

"Pertambahan nilai hadiah wang, terutamanya dalam kategori terbuka akan menjadikan pemain boling dari Asia dan Eropah berasa berbaloi untuk menyertainya, memandangkan ia akan membantu membiayai kos perjalanan mereka.

"Pertambahan besar dalam hadiah wang dilihat dalam kategori Lelaki dan Wanita Terbuka, yang meningkat daripada RM102,000 kepada RM197,000 bagi kategori lelaki dan RM46,500 kepada RM76,000 bagi kategori wanita," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Dr Nathan berharap kenaikan jumlah hadiah wang itu memberi semangat kepada para pemain untuk beraksi cemerlang dalam kejohanan kali ini, yang menyaksikan 300 peserta bertanding di Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid dari 4 hingga 12 Mei "Antara pemain boling antarabangsa yang akan bertanding tahun ini adalah Mika Koivuniemi dari Finland dan Sean Rash, Parker Bohn II, Ryan Ciminelli dan Dino Castillo dari Amerika Syarikat," katanya.

Nathan berkata kejohanan tahun ini menyaksikan pengasingan kategori bagi Lelaki dan Wanita di mana dua pemain yang dicalonkan dan tiga pemain teratas Terbuka Masters Malaysia akan membentuk pasukan lima pemain bagi lelaki dan wanita masing-masing bagi kategori Malaysia dan Rest of the World.

Katanya kejohanan tahun lepas menarik penyertaan 17 negara termasuk Amerika, Australia, Hong Kong dan kuasa besar Asia, Korea Selatan.

"Bagi tahun ini, kami belum mempunyai jumlah sebenar kerana sebilangan pemain hanya akan tiba pada hari terakhir," kata beliau.

Sementara itu, pasukan Malaysia akan dibarisi penyandang juara Muhammad Nur Aiman dan Zandra Aziela Ibrahim Hakimi.

"Kejohanan ini akan menyaksikan persaingan sengit terutamanya daripada pemain asing tetapi saya akan cuba mempertahankan kejuaraan dan fokus kepada apa yang perlu saya lakukan dan memberikan yang terbaik," kata Muhammad Nur Aiman. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan