Terengganu Beri Insentif Kepada Atlet Wakili Negara Ke Olimpik

Diterbitkan: Isnin, 23 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu memberikan insentif khas kepada anak-anak negeri itu yang berjaya mewakili negara ke Sukan Olimpik London 2012, sebagai galakan untuk mereka meraih pingat pada sukan berprestij dunia itu.

Setakat ini, seramai lima atlet Terengganu disahkan untuk mewakili negara ke Olimpik iaitu atlet lumba basikal Mohd Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa (trek), dua atlet memanah iaitu Khairul Anuar Mohamad dan Nurul Syafiqah Hashim manakala Mohamad Azwar Bakar@Ibrahim untuk sukan paralimpik dalam acara ping pong.

Masing-masing menerima insentif RM10,000 seorang daripada Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said pada satu majlis yang diadakan malam tadi.

"Kita berharap insentif ini dapat membakar semangat dan memberi dorongan kepada atlet berkenaan untuk memberi persembahan cemerlang pada kejohanan itu nanti," katanya.

Beliau berkata kerajaan Terengganu akan mempertimbangkan ganjaran yang lebih baik lagi jika atlet berkenaan berjaya membawa pulang apa saja warna pingat daripada London kelak.

Ahmad berkata kerajaan negeri juga akan membiayai sama ada ibu atau bapa atlet berkenaan untuk menyaksikan anak mereka beraksi di London nanti.

Menteri Besar Terengganu itu turut mengumumkan sumbangan kepada pasukan sepak takraw negeri itu yang muncul juara Piala Emas Khir Johari baru-baru ini, setelah 49 tahun tidak memenangi kejohanan itu.

Seramai 19 pemain dan pegawai pasukan sepak takraw Terengganu itu akan diberi hadiah wang RM5,000 tiap seorang minggu depan.

Pada majlis itu, Ahmad menyampaikan sumbangan RM3,000 tiap seorang kepada lima atlet Terengganu yang pernah mewakili negara ke sukan Olimpik pada masa lalu.

Mereka ialah Kamaruddin Maidin (lompat jauh dan lompat kijang), Harun Jusoh, Yahya Jusoh dan Zulkifli Hamzah (bola sepak) dan Khairul Anwar Abdul Aziz (hoki).-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan