Sukma 2012: Terengganu Kesal Acara Kenu Tidak Dipertandingkan - Sukan Ekstra | mStar

Sukma 2012: Terengganu Kesal Acara Kenu Tidak Dipertandingkan

Diterbitkan: Isnin, 23 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Terengganu melahirkan rasa kesal di atas ketiadaan acara kenu pada kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) yang akan berlangsung di Pahang, Julai nanti.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata beliau tidak mengetahui kenapa acara itu tidak diadakan kerana difahamkan kenu merupakan sukan berprestasi tinggi.

"Kita hairan acara kenu pada Sukan SEA diadakan, tetapi di peringkat negara sendiri tidak diadakan dalam Sukma. Bagaimana kita nak memilih atlet kenu mewakili negara sedangkan kenu tidak dipertandingkan di Sukma," katanya pada majlis penyampaian insentif khas anak Terengganu ke Olimpik London 2012 di sini malam Ahad.

Ahmad berkata semasa Terengganu menjadi tuan rumah Sukma sebelum ini, acara sukan berprestasi tinggi diteruskan seperti renang, lawan pedang dan gimnastik.

"Kita kena rasional. Nak pilih atlet sukan negara mesti melalui Sukma. Menang Sukma baru boleh wakil negara. Kalau dalam Sukma tak ada, kita nak pilih macam mana untuk wakil negara?

"Ini yang menjadikan sukan negara tak berjaya. Politik banyak sangat dalam sukan. Campur tangan dan nak kritik pun tak boleh," katanya dengan nada kesal.-BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan