Elina Dinobatkan Ratu Lepa Sempena Regatta Lepa Ke-19

Diterbitkan: Ahad, 22 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Elina Kannari, 29, dari Kampung Bangau-Bangau dinobatkan sebagai Ratu Lepa, menewaskan 40 peserta lain sempena Regatta Lepa Ke-19 yang berakhir di sini malam Sabtu.

Dalam acara Ratu Lepa yang merupakan acara kemuncak Regatta Lepa setiap tahun, naib johan dimenangi Fatmah Tarasul, 20, dari Kampung Tanjung Kapur manakala tempat ketiga ialah Farah Sofea Jasmin, 20, dari Kampung Bugaya.

Isteri Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datin Seri Shuryani Syuaib telah memahkotakan Ratu Lepa kepada pemenang yang disaksikan kira-kira 50 ribu pengunjung.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika berucap pada majlis berkenaan sekali lagi mengingatkan generasi muda kaum Bajau agar memelihara budaya yang telah diwariskan kepada mereka.

"Warisan yang diperturunkan oleh generasi terdahulu mesti dipelihara agar ia tidak hilang ditelan zaman," katanya.

Sementara itu, Shafie yang juga Naib Presiden Umno mengingatkan setiap anggota parti itu supaya merapatkan barisan demi memastikan kemenangan cemerlang Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut Shafie sejak kebelangan ini, pemimpin parti pembangkang kerap datang ke Semporna untuk membawa dakyah-dakyah yang bertujuan mengelirukan rakyat namun beliau yakin rakyat Semporna yang matang berpolitik sejak negara merdeka tidak akan mudah terpengaruh dengan parti pembangkang.

"Pemimpin pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) datang ke Semporna semata-mata untuk mengganggu saya sebagai Naib Presiden (Umno) yang bertujuan supaya saya tidak dapat ke negeri lain untuk membantu," katanya.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Tun Sakaran Dandai dan isteri. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan