Skuad Hoki Wanita Perlu Tebus Maruah Pasukan Lelaki: Tengku Abdullah

Diterbitkan: Sabtu, 21 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad hoki wanita negara perlu menebus maruah skuad hoki lelaki negara yang tercalar selepas gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik di London, Julai ini.

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, skuad wanita perlu mempamerkan prestasi terbaik pada pusingan kelayakan Olimpik di Jepun dari 25 April hingga 5 Mei ini sekiranya berhajat ke London.

"Harapan saya mahu melihat pasukan hoki wanita kita mampu mempamerkan satu permainan yang terbaik sekali gus layak ke Sukan Olimpik," titahnya kepada pemberita selepas melancarkan produk terbaharu syarikat pengimport peralatan kecergasan, UFL Sdn Bhd iaitu Power Plate My7 di sini,Jumaat.

Pada aksi kelayakan hoki lelaki Zon Asia di Dublin, Ireland bulan lepas, skuad hoki lelaki hanya menduduki temoat ketiga di belakang Korea Selatan dan Ireland.

Skuad hoki wanita negara akan memulakan kempen pusingan kelayakan dengan menentang Azerbaijan pada 25 April ini.

Selain Malaysia dan Azerbaijan, turut bersaing dalam kempen kelayakan tersebut bagi mencari satu pasukan terbaik ke London ialah Chile, Belarus, Trinidad & Tobago serta Jepun selaku tuan rumah.

Mengulas mengenai calon ketua jurulatih skuad lelaki, Tengku Abdullah bertitah pihaknya masih mencari calon yang sesuai sama ada calon tempatan atau asing bagi Tai Beng Hai yang telah meletakkan jawatan bulan lepas.

"Selepas Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah (di Perak), kita akan semak semula semua perancangan kita (termasuk calon ketua jurulatih yang baru)," katanya.

Beng Hai sebelum ini bertindak meletakkan jawatan kerana berasa bertanggungjawab terhadap kegagalan skuad hoki negara layak ke Sukan Olimpik di London.

Sebelum ini , Setiausaha Agung MHC, Maninderjit Singh melepaskan jawtannya atas alasan sama dan tempatnya diganti oleh bekas pengurus kelab hoki Tenaga Nasional Berhad (TNB), Mohd Johari Abdul Aziz. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan