Jelajah Malaysia 2012: Laluan Lebih Mencabar - Sukan Ekstra | mStar

Jelajah Malaysia 2012: Laluan Lebih Mencabar

Diterbitkan: Sabtu, 21 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Laluan enam peringkat Kejohanan Lumba Basikal Jelajah 1Malaysia 2012 bermula 8 Mei ini lebih mencabar berbanding edisi sebelum ini dengan acara pendakian diadakan di semua peringkat.

Perlumbaan sejauh 1,042km itu akan diadakan di tiga buah negeri di utara tanah air iaitu Perak, Kedah dan Perlis sebelum berakhir di Stadium Merdeka di sini pada 13 Mei ini.

Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKLBM) Datuk Naim Mohamad berkata laluan terpanjang pada edisi kali ini ialah sejauh 201.8km pada peringkat kedua dari Kampar, Perak ke Kulim, Kedah.

Laluan berbukit ialah di Ulu Yam pada peringkat pertama, Bukit Sumpitan (peringkat kedua), Bukit Selambau (peringkat ketiga), Padang Rengas (peringkat kelima) dan Kuala Kubu Baru (peringkat keenam), katanya kepada pemberita, Jumaat.

Beliau berkata kejohanan itu akan bermula dan berakhir di Stadium Merdeka.

Selain itu, Naim berkata 20 pasukan telah mengesahkan penyertaan antaranya termasuk pasukan kebangsaan Kazakhstan, enam pasukan negeri iaitu Kedah, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Terengganu serta pasukan kelab dari Uzbekistan, Brunei, New Zealand dan Filipina.

Naim juga menolak tanggapan sesetengah pihak kononnya perlumbaan itu memberi kelebihan kepada pasukan tempatan.

Katanya, sebelum ini banyak pihak yang mempersoalkan kredibiliti pelumba negara apabila memenangi peringkat perlumbaan kerana mereka dilihat mempunyai kelebihan berlumba di kawasan landai.

"Jelajah ini tidak direka untuk pasukan Malaysia menang, sebaliknya untuk pasukan yang terbaik.

"Kita tidak mahu orang cakap, kalau atlet kita gemilang, penganjur sebenarnya dah pakat. Biarlah mereka menang dengan merit," katanya

Terdahulu, Pengerusi Jelajah 1Malaysia 2012 M.Maniam mengumumkan minuman isotonik 100PLUS sekali lagi menjadi penaja jersi putih iaitu jersi bagi pelumba terbaik negara pada kejohanan itu.- BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan