Australia Akan Bangunkan Pelan Strategik Untuk Bola Jaring Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 19 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Netball Australia sedang membangunkan pelan strategik dan operasi untuk membantu pemain bola jaring muda Malaysia mengambil bahagian dalam pertandingan antarabangsa.

Ketua Pembangunan dan Prestasi Sukan Netball Australia Anne-Marie Phippard dan Pengurus Penyertaannya Stacey O'Neill meluangkan masa selama seminggu di Kuala Lumpur baru-baru ini bagi melatih 30 jurulatih Malaysia.

"Pembangunan antarabangsa terus menjadi keutamaan Netball Australia," kata O'Neill kepada Bernama.

"Dengan Sydney menjadi tuan rumah Kejohanan Bola Jaring Dunia 2015, Netball Australia mensasarkan untuk meninggalkan legasi antarabangsa di rantau Asia dan Pasifik Selatan daripada kejohanan itu dalam tempoh tiga tahun akan datang," katanya.

Jurulatih di bawah Persatuan Bola Jaring Malaysia (MNA) mengikuti bengkel dua hari yang termasuk program JomPi Jaring, berdasarkan program pemain remaja Netball Australia iaitu NetSetGO! di dua buah pusat sebelum program perintis dilaksanakan di 14 pusat di seluruh Malaysia untuk budak perempuan berumur 5-6 tahun.

MELBOURNE Netball Australia menyediakan peralatan yang telah diubah suai termasuk bola bersaiz 4 dan bola pimple, yang kini dikenali sebagai bola Durian untuk membantu budak perempuan berkenaan mengasah bakat mereka dalam bola jaring.

Semasa berada di Kuala Lumpur, Phippard dan O'Neill juga mengadakan sesi perancangan dengan pegawai kanan MNA termasuk Setiausaha MNA Mazidah Musa dan pemegang amanah lain untuk mengenal pasti halangan dan peluang yang ada untuk membangunkan sukan bola jaring di Malaysia.

Susulan sesi itu, pelan strategik dan operasi akan dibangunkan oleh Netball Australia untuk dilaksanakan Malaysia sebagai persiapan menghadapi kejohanan dunia 2015 di Sydney. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan