Semua Stesen TV Kongsi Kandungan Acara Sukan Mulai 1 Mei - Rais

Diterbitkan: Rabu, 18 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TANJUNG MALIM: Mulai 1 Mei, semua stesen penyiaran televisyen di negara ini yang mendapat hak penyiaran kandungan sukan bercirikan kepentingan negara perlu berkongsi kandungan tersebut dengan semua stesen televisyen bebas ke udara yang tidak memperolehi hak penyiaran.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata langkah itu bagi membolehkan semua kandungan sukan yang digemari oleh rakyat Malaysia disiarkan secara meluas oleh stesen-stesen televisyen di negara ini tanpa dimonopoli oleh stesen tertentu sahaja.

"Sukan kenegaraan di mana daya tarikannya itu menyeluruh seperti sukan Olimpik, badminton, bola sepak...kita tidak benarkan monopoli oleh satu stesen melainkan semua stesen boleh berkongsi dan boleh disiarkan menerusi saluran masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan 'RTM Mobile' sempena sambutan ulang tahun ke-66 Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, Rabu.

Rais berkata sekiranya acara sukan tersebut tidak disiarkan oleh stesen televisyen bebas ke udara, kandungan tersebut seterusnya akan dikongsi oleh stesen televisyen berbayar. Langkah itu dilaksanakan melalui Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang bertujuan untuk membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menonton dan mengikuti acara-acara sukan yang popular dan melibatkan pasukan negara, katanya.

Beliau berkata stesen televisyen boleh memilih dan mendapatkan siaran mana-mana acara sukan yang ingin disiarkannya daripada stesen televisyen yang mendapat hak penyiaran sukan itu.

Antara acara sukan yang disenaraikan adalah Sukan Olimpik Musim Panas, Sukan Komanwel, Sukan Asia, Sukan Sea, Sukan Malaysia (SUKMA), Piala Thomas dan Uber, All Englands, BWF Super Series, AFC Asian Cup, Asean Football Federation Cup, FIFA World Cup (separuh akhir dan akhir) dan English Premier League (perlawanan akhir), katanya.

Beliau berkata acara sukan itu dipilih memandangkan ia berfungsi untuk menggalakkan integrasi nasional dan perpaduan di bawah semangat 1Malaysia.

Maklumat lanjut mengenai perkara itu boleh dirujuk di laman web Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia di www.skmm.gov.my. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan