Atlet Muda Sertai Acara Pecut 100 Meter Menjelang Olimpik 2012

Diterbitkan: Rabu, 18 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seratus atlet muda dari sekolah di Malaysia dan United Kingdom mengambil bahagian dalam acara pecut 100m di Kompleks Sukan Nasional Bukit Jalil di sini, Rabu sebagai menandakan kiraan detik 100 hari menjelang Olimpik 2012.

Antara atlet terlibat, termasuk pelajar dari Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Alice Smith School, dibahagikan kepada kategori bawah 15 dan bawah 18 tahun lelaki serta perempuan.

Pesuruhjaya Tinggi Britain Simon Featherstone, yang turut hadir, berkata acara serupa turut diadakan di negara lain di seluruh dunia seperti China, Mexico, Rusia dan Afrika Selatan.

"Semangat keakraban dan kesukanan yang dipamerkan oleh peserta hari ini adalah bukti bahawa semangat Olimpik masih membara," katanya ketika berucap sebelum acara bermula.

Turut hadir Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Zolkples Embong, Chef de Mission kontinjen Malaysia ke kejohanan itu Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia Datuk A.Sani Karim.

Temasya Olimpik dan Paralimpik akan berlangsung di London masing-masing dari 27 Julai hingga 12 Ogos dan 29 Ogos hingga 9 September.

Sehingga kini, 19 atlet negara telah melayakkan diri ke temasya Olimpik iaitu dalam acara menembak, memanah, terjun, berbasikal dan lawan pedang. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan