Petinju Malaysia Gagal Ke Olimpik London 2012

Diterbitkan: Selasa, 17 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Impian Persekutuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM) untuk melihat atletnya beraksi di Sukan Olimpik London 2012 berkecai apabila kedua-dua petinjunya gagal melepasi had kelayakan pada kejohanan zon Asia di Kazakhstan, Khamis lepas.

Setiausaha Kehormat PTAM, Meja (B) Maulud Othman berkata nasib tidak menyebelahi Mohd Farkhan Haron (kategori 75 kg) dan Khir Akyazlan Azmi (69 kg)yang terpaksa menghadapi laluan sukar dari awal saingan.

"Sepatutnya kita tidak mempunyai masalah untuk mendapat tiket ke London apabila Mohd Farkhan berjaya menewaskan jaguh tinju Indonesia, Alex Tatontos pada perlawanan pertama namun nasib tidak meyebelahi beliau apabila tewas kepada jaguh dunia dari Uzbekistan, Atoev Abbos pada perlawanan kedua.

"Jika Mohd Farkhan bertemu petinju lain saya yakin bahawa beliau mampu layak ke Olimpik London," katanya ketika dihubungi Bernama pada Selasa.

Maulud berkata Khir Akyazlan tersingkir pada perlawanan pertama selepas tunduk kepada peninju Jordan, Mohammad Alassi.

Kali terakhir petinju negara beraksi di temasya Olimpik ialah pada 1996 iaitu Sapok Biki, namun beliau gagal membawa pulang pingat.

Katanya PTAM kini menumpukan kepada persiapan menghadapi cabaran Sukan SEA di Myanmar tahun depan.

"Sasaran kita adalah untuk membawa pulang sekurang-kurangnya sebutir pingat emas bagi menebus kegagalan meraih pingat emas pada Sukan SEA Indonesia pada tahun lepas," katanya.

Maulud berkata pihaknya bercadang untuk mengekalkan barisan petinju senior bagi menggalas cabaran di Myanmar, namun pada masa yang sama PTAM turut membuka peluang kepada petinju muda yang berpotensi untuk diketengahkan.

Ketika edisi Sukan SEA di Laos pada 2009, skuad tinju negara berjaya membawa pulang dua pingat emas menerusi acara lelaki 75 kg middle weight oleh Mohd Farkhan Mohd Haron dan 81 kg light heavy weight Mohd Fairus Azwan Abdullah. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan