Shaaban Harap Kekal Momentum Pada Saingan Pusingan - Sukan Ekstra | mStar

Shaaban Harap Kekal Momentum Pada Saingan Pusingan

Diterbitkan: Jumaat, 13 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain profesional tempatan Shaaban Hussin berharap mengekalkan momentum apabila menyambung semula saingan pusingan kedua Kejohanan Golf Maybank Terbuka Malaysia 2012 pada Sabtu.

Shaaban adalah antara 75 pemain yang akan menyambung semula pusingan kedua pagi Sabtu selepas pertandingan ditangguhkan akibat hujan lebat dan petir di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) di Bukit Kiara, Jumaat.

Beliau mengekori pendahulu dengan empat bawah par selepas menyelesaikan saingan sembilan lubang pertama sebelum pertandingan ditangguhkan.

"Selepas melihat catatan pendahulu, saya rasa saya mempunyai peluang baik untuk merapatkan jurang," kata Shaaban, yang juga duta kejohanan tersebut.

Shaaban memulakan saingan dengan pukulan birdie pada lubang pertama, keempat, kelima, dan ketujuh manakala bogey di lubang kedua dan keenam untuk catatan dua par 34.

Sementara itu, pemain nombor satu negara Danny Chia hanya mengulangi catatan satu di atas par 73 pada pusingan kedua dengan jumlah catatan 146.

Catatan pemain Malaysia selepas pusingan kedua:

--------------------------------------------

146 - Danny Chia 73-73, Low Khai Jie 73-73;

150 - Airil Rizman Zahari 76-74, C.M. Chong 75-75;

151 - Shaifubari Muda 77-74;

152 - Mohd Arie Fauzi 77-75;

158 - Khor Kheng Hwai 77-81;

160 - Chan Tuck Soon 80-80.

- BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan