Larian 'King of The Road' Sasar 10,000 Peserta

Diterbitkan: Selasa, 10 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Bryan Gee
Bryan Gee

PETALING JAYA: Edisi ke-14 Larian ‘King of the Road 2012’ (KOTR) dijangka bakal menarik lebih ramai peserta berbanding tahun sebelum ini.

Larian anjuran Adidas yang diadakan sepanjang Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) pada 9 September ini merupakan program tahunan yang mendapat sambutan menggalakkan bukan sahaja kepada peserta tempatan, malah turut menarik minat peserta luar negara.

Jika tahun lalu lebih kurang 7,000 peserta yang mengambil bahagian, tahun ini pula pihak penganjur mensasarkan angka itu akan bertambah kepada 10,000 peserta.

Larian yang diadakan setiap tahun ini turut berlangsung di empat buah negara Asean termasuk Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina.

"Di Malaysia, larian yang merangkumi jarak 16.8km dan 10 km itu terbuka kepada peserta berusia 18 tahun ke atas.

"Ia terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori tertutup untuk peserta tempatan dan penduduk tetap, dan kategori terbuka bagi peserta antarabangsa,” katanya Pengurus Jenama Adidas Malaysia, Bryan Gee kepada pemberita, Selasa.

Gee berkata mereka yang berminat boleh mendaftar secara online melalui laman web rasmi Malaysia Adidas KOTR di www.adidaskingoftheroad.com.my.

Yuran penyertaan ialah RM55 seorang (16.8km) dan RM45 seorang (10km).

Tarikh tutup penyertaan 31 Julai. Mereka yang mendaftar awal iaitu sebelum 31 Mei akan mendapat kadar istimewa iaitu RM50 (16.8km) dan RM40 (10km).

Selain itu, pada aksi tahun lalu, M. Arul Thevar dan Murali Arasu meraih tempat pertama dan kedua bagi kategori lelaki manakala bagi kategori wanita, diraih oleh Michelle Tan Bee Kiang dan Ng Sun Nee (kedua) bagi kategori 16.8 km.

Kejayaan itu sekali gus melayakkan mereka mewakili negara ke pusingan akhir Kejohanan Larian King of the Road 2011 anjuran Adidas yang berlangsung di Filipina.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan