Laporan Kes Doping Dua Atlet Negara Dijangka Selesai Jun

Diterbitkan: Selasa, 10 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Laporan mengenai dua atlet negara yang gagal ujian anti-doping pada Sukan SEA Indonesia 2011, dijangka dapat disiapkan selewat-lewatnya Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendengaran kes itu Datuk A. Sani Karim berkata, pihaknya masih mengumpul beberapa pandangan daripada pihak terlibat sebelum ia dapat diserahkan kepada badan sukan tertinggi rantau Asia Tenggara iaitu Persekutuan Sukan SEA (SGF) untuk tindakan lanjut.

"Kita jangka laporan itu dapat dikemukakan sebelum mesyuarat tertinggi SGF pada Jun ini di Myanmar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi pendengaran daripada atlet angkat berat negara Firdaus Abdul Razak di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini, Isnin.

Dua minggu lepas, seorang kuartet 4x400m negara Mohd Yunus Lasalleh yang gagal dalam ujian anti-doping pada Sukan SEA Indonesia, memberi keterangan di hadapan jawatankuasa tersebut.

Jawatankuasa itu, yang ditubuhkan MOM, turut dianggotai oleh Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) merangkap Chef-de-Mission negara pada Sukan SEA Indonesia, Datuk Naim Mohamad; Setiausaha Kehormat MOM Datuk Sieh Kok Chi; serta Ketua Pegawai Perubatan Sukan SEA Datuk Dr S.S Chemma.

A.Sani yang juga Timbalan Presiden MOM berkata SGF pula bertanggungjawab untuk memanjangkan laporan tersebut untuk diserahkan kepada Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) dan Persekutuan Olahraga Amatur Dunia (IAAF) bagi tindakan disiplin terhadap dua atlet itu.

"Hanya dua badan itu sahaja yang boleh menjatuhkan hukuman, maka terpulang kepada mereka untuk menentukan tindakan yang sewajarnya (ke atas Firdaus dan Yunus)," katanya.

Sementara itu, Firdaus yang ditemui pemberita selepas sesi pendengaran itu, tetap mendakwa dirinya 'dianiaya' oleh pihak-pihak tertentu dalam isu pengambilan dadah pada temasya sukan itu.

"Ujian anti-doping yang dijalankan ke atas saya pada 2002, 2004, 2006, 2008 dan 2010 didapati negatif. Selain itu, ujian sama (anti-doping) yang dijalankan ke atas saya sebelum bermulanya Sukan SEA turut negatif," katanya.

Anak jati Kedah berusia 24 tahun itu, yang mengusahakan perniagaan menjual peralatan gim di Pekan Simpang Kuala, Alor Setar turut mengakui kontroversi kes itu sedikit sebanyak menjejas perniagaannya bersama beberapa rakan kongsi sejak beberapa tahun lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan