Kejohanan Silat Kebangsaan Ke-16 Tampil Kelainan

Diterbitkan: Selasa, 10 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kejohanan Silat Kebangsaan edisi ke-16 yang akan diadakan di Stadium Badminton Cheras pada 24 hingga 29 April ini bakal menyaksikan kelainan berbanding aksi sebelum ini.

Bukan sekadar merebut 27 pingat emas yang dipertandingkan, malah kejohanan ini juga turut dijadikan landasan untuk memilih pesilat-pesilat bagi mewakili negara.

Presiden Persekutuan Silat (PESAKA) Kuala Lumpur, Adnan Zakaria berkata, semua atlet yang bakal menyertai kejohanan ini perlu mempamerkan kekuatan sebenar mereka bagi merebut pingat emas yang dipertandingkan.

"Kejohanan dua tahun sekali ini sentiasa berlangsung dengan sengit dan kami menjangkakan senario yang sama tahun ini.

"Kira-kira 500 atlet akan bertanding dan kami harapkan aksi terbaik bagi memenuhi kriteria pemilihan untuk diserapkan ke dalam skuad kebangsaan," katanya pada sidang media, Isnin.

Menurut Adnan, selain mengharapkan pertandingan kompetitif, ia juga mampu mencapai tahap baru kepada pihak penganjur kali ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung PESAKA Malaysia, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, tahun ini menyaksikan kelainan kerana pesilat-pesilat yang telah mewakili negara tidak akan beraksi pada kejohanan kali ini.

"Mereka yang mewakili negara dalam lapan kategori termasuk kategori F, C dan D tidak dibenarkan beraksi pada kejohanan kebangsaan ini.

"Tetapi mereka bakal bertemu dengan juara-juara kejohanan ini lebih kurang dua minggu selepas pertandingan tamat," katanya.

Selain itu, dua kategori utama bakal dipertandingkan iaitu seni (artistik) dan olahraga (tempur).

Manakala buat kali ketiga pihak penganjur akan turut menyenaraikan kategori berpasukan bagi silat olahraga.

Bagi acara berpasukan, lima orang pesilat setiap pasukan dan setiap pesilat hanya diberi masa seminit untuk mengumpul mata.

Juara keseluruhan juga akan menerima hadiah wang tunai RM10,000.

Pada edisi dua tahun lalu yang berlangsung di Perak, kontinjen Pahang dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan