Puvaneswaran Harap Dua Atlet Segera Pulih Sebelum Kejohanan Di Uzbekistan

Diterbitkan: Isnin, 9 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemangku ketua jurulatih karate negara R. Puvaneswaran berharap dua atlet negara yang mengalami kecederaan akan segera pulih bagi menghadapi Kejohanan Karate Senior Persekutuan Karate Asia kali ke-11 dari 9 hingga 15 Julai depan di Uzbekistan.

Beliau berkata Mohd Hatta Mahamut mengalami kecederaan lutut sejak tahun lepas manakala G. Yugneswary cedera di lutut ketika menyertai kejohanan di luar negara baru-baru ini.

"Yugneswary baru sahaja selesai menjalani rawatan di Institut Sukan Negara (ISN) manakala Mohd Hatta masih berehat selepas mendapatkan rawatan di ISN sejak beberapa bulan lepas.

"Saya berharap mereka mampu segera pulih daripada kecederaan kerana kedua-duanya adalah antara sandaran utama saya untuk meraih pingat pada kejohanan itu," katanya ketika dihubungi Bernama, Isnin.

Mengenai sasaran pada kejohanan tahunan itu, Puvaneswaran yang juga bekas atlet negara berkata beliau tidak meletakkan sasaran tinggi memandangkan beberapa kuasa karate Asia seperti Iran dan Jepun dijangka turut serta bertanding.

"Selain itu, saya melihat ancaman daripada peserta tuan rumah yang mempamerkan peningkatan dalam beberapa kejohanan lepas," katanya.

Puvaneswaran berkata selain Mohd Hatta dan Yugneswary, beliau turut menyandarkan harapan kepada sembilan atlet negara yang pernah beraksi pada kejohanan itu.

Mereka ialah R. Loganesha Rao dalam acara kumite bawah 55kg), L. Kunaselan (60kg), Shaharudin Jamaludin (67kg) dan K. Teagarajan (75kg) dalam kategori lelaki.

Dalam kategori wanita, skuad negara akan diwakili oleh G. Yaaminii dalam acara kumite bawah 61kg, Jamalliah Jamaludin (68kg ke atas), A. Nisha (55kg) dan Shakila Sani Jefry Krisnan (68kg ke bawah).

Pada edisi lepas di Quanzhou, China, skuad kumite negara hanya mampu membawa pulang satu pingat emas dan dua gangsa.

Emas tunggal negara disumbangkan oleh Mohd Hatta dalam kategori kumite bawah 84kg lelaki manakala R. Loganesha dan G.

Yaaminii masing-masing menyumbang gangsa dalam acara kumite bawah 55kg lelaki dan kumite bawah 61kg wanita. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan