Larian Baton SUKMA Pahang Bermula

Diterbitkan: Isnin, 9 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Kejohanan Sukan Malaysia XV (SUKMA) di Pahang Julai ini mampu menjana ekonomi semua pihak termasuk rakyat negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau berkata tohmahan pembangkang yang mendakwa penganjuran temasya sukan itu bagi mencungkil bakat hanya satu pembaziran adalah tidak berasas.

"Kita tidak lagi boleh melihat sukan bukan dari sudut pertandingan dan kejuaraan semata-mata tetapi ia kini telah menjadi sebahagian daripada sumbangan besar kepada ekonomi negara," katanya pada majlis pelancaran Larian Baton Sukan Malaysia XV, Pahang 2012 di Dataran Bentong, di sini, Isnin.

Katanya negara maju di benua Eropah, Amerika Syarikat dan beberapa buah negara Asia telah membuktikan sukan mampu menjana ekonomi negara mereka seperti sukan bola sepak, permotoran, golf, tenis, lumba basikal dan bola keranjang.

Adnan juga berharap semua prasarana dan venue kejohanan perlu disiapkan sepenuhnya pada Jun ini sebelum sukan itu bermula pada 7 Julai agar ia dapat berjalan lancar dan tidak mendatangkan masalah pada hari pertandingan.

Pada majlis itu, Adnan menerima baton daripada Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong dan kemudiannya secara simbolik menyerahkan baton itu kepada Pegawai Daerah Bentong, Datuk Toantowee Mohd. Lotfie untuk larian di daerah Bentong sebelum dibawa ke daerah lain di seluruh negeri Pahang. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan