Terengganu Sasar Tujuh Emas Dalam Acara Olahraga Pada Sukma Pahang Julai Ini

Diterbitkan: Khamis, 5 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Terengganu mensasarkan untuk mendapat tujuh pingat emas dalam acara olahraga pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 di Pahang dari 7 hingga 16 Julai ini berdasarkan prestasi semasa atletnya yang memberangsangkan.

Pengurus sukan olahraga Terengganu Kama Rezuan Kamaruddin berkata sasaran ini akan memperbaiki catatan enam pingat emas yang diraih pada edisi 2010 di Melaka.

"Kita meletakkan sasaran itu kerana kita yakin prestasi atlet olahraga Terengganu sekarang berada di tahap yang baik dan mampu mengulangi kejayaan terbesar mempungut pingat emas olahraga dua tahun lalu.

"Seramai 26 atlet iaitu 13 masing-masing lelaki dan wanita dipilih bagi menggalas cabaran ini," katanya.

Katanya daripada jumlah itu, 18 atlet merupakan atlet yang pernah menyertai Sukma 2010 manakala selebihnya adalah atlet yang dikenal pasti mempunyai potensi meningkat naik dalam arena olahraga.

"Kita akan mempertahankan pingat emas terutamanya dalam acara yang kita menangi pada Sukma 2010, antaranya acara lompat jauh, lontar peluru wanita serta 4x100 dan 4x400 lelaki," katanya.

Beliau berkata lapan daripada 26 atlet Terenggganu kini berada di Sekolah Sukan Bukit Jalil manakala tiga orang lagi berada di Pusat Pelapis Serantau, Johor, masing-masing menjalani latihan di sana.

Kama Rezuan berkata pihaknya telah melantik empat jurulatih kelahiran Terengganu untuk melatih atlet di trek olahraga Gong Badak setiap petang sejak awal tahun ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan