Shahidan Janji Selesai Kemelut Sebelum AGM Julai Depan

Diterbitkan: Khamis, 5 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Seri Shahidan Kassim berjanji akan menyelesaikan kemelut yang melanda badan induk olahraga itu sebelum mesyuarat agung tahunan (AGM) yang dijadualkan Julai ini.

Shahidan berkata beberapa isu berkaitan termasuk isu petisyen bantahan yang dihantar oleh atlet dan jurulatih agar Timbalan Presiden Karim Ibrahim meletak jawatan, dan isu penggunaan dadah terlarang membabitkan seorang atlet 400 meter negara Mohd Yunus Lasaleh ketika beraksi di Sukan SEA Indonesia, kini dalam proses penyelesaian.

"Kalau boleh saya mahu semua masalah ini dapat diselesaikan segera agar dapat memberi tumpuan kepada perkara yang lebih penting iaitu memperkasakan atlet olahraga sebelum Sukan SEA Myanmar pada 2013," katanya kepada Bernama Khamis.

Bekas menteri besar Perlis itu berkata beliau bersama Jawatankuasa Kerja KOM telah menyusun dan menambah baik program yang sedia ada untuk menyiapkan senarai atlet dan jurulatih bagi menghadapi Sukan SEA 2013 sebelum 15 April ini kerana pihaknya meletakkan sasaran tinggi pada temasya tersebut.

"Kami meletakkan sasaran pingat yang lebih tinggi pada kali ini bagi mengatasi pencapaian di Indonesia pada tahun lalu...jadi saya akan memberi lebih tumpuan ke arah tersebut berbanding kedudukan jawatan dalam KOM," katanya.

Mengulas lanjut mengenai isu petisyen terhadap Karim, Shahidan berkata pihaknya akan meneliti petisyen tersebut pada mesyuarat tertinggi KOM akan datang.

"Kita akan meneliti isi kandungan petisyen yang bertajuk 'Laporan dan aduan jurulatih serta atlet olahraga kebangsaan kepada Presiden KOM' dari setiap sudut sebelum membuat sebarang keputusan," katanya.

Shahidan berkata KOM akan menyerahkan kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) membuat pengadilan yang sewajarnya terhadap kes Yunus.

"MOM telah melakukan sesi pendengaran bagi Yunus dan saya rasa kes ini mampu diselesaikan oleh MOM dalam masa terdekat," katanya.

Dalam perkembangan lain, Shahidan berkata beliau akan terus mempertahankan jawatannya sebagai presiden bagi penggal ketiga setelah memegangnya sejak 2006.

"Saya tidak sekat mana-mana calon yang hendak bertanding bagi kerusi presiden KOM namun sebagai presiden saya akan mempertahankan kerusi saya kerana pada mesyuarat exco yang lepas semua ahli gabungan telah bersepakat untuk terus memilih saya sebagai presiden KOM penggal berikutnya," katanya.

Shahidan berkata laporan media mengenai 10 aanggota gabungan KOM berpaling tadah untuk menyokong Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai pengganti beliau adalah tidak tepat sama sekali.

"Mereka (10 ahli gabungan KOM) hanya pergi bertemu Tengku Mahkota Johor, hanya mengadakan kunjungan dan bukan untuk memberi sokongan kepada TMJ bertanding bagi merebut kerusi presiden KOM," katanya.

Media tempatan sebelum ini melaporkan bahawa pada minggu lalu seramai 10 ahli gabungan mengadakan kunjungan bagi mengadakan perbincangan bersama TMJ yang dikatakan berminat mencabar jawatan Presiden KOM yang kini disandang oleh Shahidan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan