Kejohanan Ragbi Bawah 16 Tahun Tarik Pasukan Luar Negara

Diterbitkan: Khamis, 5 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kejohanan Ragbi (CIMB Foundation-Cobra Schools Rugby 10's) ke-9 turut menarik beberapa pasukan luar negara untuk bersaing pada 14 hingga 15 April ini di Akademi Badminton Setia, Setia Alam, Selangor.

Sebanyak 20 pasukan bawah 16 tahun dijangka akan menyertai kejohanan ini termasuk pasukan luar negara iaitu New Zealand, Australia, Taiwan, Thailand dan China.

Empat kategori bakal dipertandingkan termasuk cup,plate,bowl,dan shield dan masa permainan ditetapkan selama 20 minit dengan masa 10 minit bagi setiap separuh masa.

Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Foundation, Datuk Shukri Hussin berkata, pihaknya berasa teruja kerana terus menjadi penaja rasmi untuk tempoh lima tahun akan datang dan mahu melihat kejohanan ini terus diperluaskan di Malaysia.

Sementara itu, Presiden COBRA, Boon Hoon Chee berkata, kejohanan ini merupakan salah satu landasan bagi meningkatkan minat rakyat Malaysia kepada sukan ragbi terutamanya bagi golongan remaja.

Kejohanan ini juga menjadi medan untuk pemilihan pemain-pemain bagi mewakili negara.

"Seramai 20 pemain bakal terpilih untuk mengikuti latihan pusat di Bali,Indonesia Oktober ini dan di Bangkok, Thailand pada Februari tahun depan.

"Ia sebagai program pendedahan jangka panjang CIMB Foundation untuk melihat sukan ragbi bukan sahaja semakin diminati malahan mampu memberi saingan kepada pasukan luar negara.

"Sebagai pendedahan pemain yang terpilih ini juga akan turut beraksi dalam Kejohanan Labuan 10’s pada Julai ini dan Bali 10’s pada Oktober depan," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan