Naharudin Tepati Ramalan Pungut Emas Angkat Berat Sirkit Kebangsaan - Sukan Ekstra | mStar

Naharudin Tepati Ramalan Pungut Emas Angkat Berat Sirkit Kebangsaan

Diterbitkan: Rabu, 4 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Atlet kebangsaan, Naharudin Mahayudin menepati ramalan apabila menyambar dua emas dalam acara snatch dan clean & jerk bagi kategori 77 kilogram kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Sirkit 01/2012 di Dewan Majlis Sukan Negeri Kelantan di sini, Selasa.

Pengarah kejohanan, Sofia Ilani Lee Abdullah berkata, atlet yang mewakili pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu mengumpul 125 mata bagi acara snatch dan 161 mata bagi clean & jerk.

Atlet pelapis kebangsaan, Fauzi Abdullah pula mengungguli kategori 69 kilogram acara snatch dan clean & jerk.

Beliau yang turut mewakili ATM mengumpul 120 mata bagi acara snatch dan 145 mata bagi acara clean & jerk.

Sofia Ilani berkata, ATM mengungguli hari pertama kejohanan apabila mengumpul tujuh emas.

Seramai 80 peserta dari seluruh negara kecuali dari Labuan dan Sarawak menyertai pertandingan yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam hingga esok.

Pertandingan dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Persatuan Angkat Berat Kelantan.

Sofia Ilani yang juga Pegawai Pembangunan Negeri, Majlis Sukan Negeri Kelantan berkata atlet angkat berat Kelantan menunjukkan peningkatan apabila merangkul dua perak dan tiga gangsa pada hari pertama kejohanan.

"Ia melebihi jangkaan kerana kita hanya jangka sembilan atlet Kelantan iaitu seorang lelaki dan lapan perempuan hanya mampu merangkul dua gangsa.

"Ia satu petanda yang baik bagi atlet angkat berat negeri ini," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan