Myanmar Syor Acara Sukan Sea 2013 Dikurangkan Kepada 28

Diterbitkan: Isnin, 2 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Myanmar, tuan rumah Sukan Sea Ke-27, bercadang mengadakan hanya 28 acara pada sukan dua tahun sekali itu, kurang 12 acara berbanding yang diadakan di Indonesia November lepas.

Vietnam News Agency (VNA) memetik setiausaha agung bersama Jawatankuasa Olimpik Myanmar U Khin Maung Lwin sebagai berkata negara itu hanya memilih jenis sukan yang ia miliki kekuatan dan bersesuaian dengan budayanya.

Lwin berkata beliau akan mengemukakan perancangan menyeluruh kepada negara peserta pada mesyuarat di Indonesia akhir bulan ini.

Sebagai tuan rumah, Myanmar berhak mencadangkan jumlah acara yang akan dipertandingkan pada sukan itu.

Gimnastik, bola tampar pantai dan tarian adalah antara sukan yang tidak akan dipertandingkan pada Sukan SEA Myanmar.

"Bola tampar pantai dan tarian digugurkan kerana acara ini tidak sesuai dengan adat resam wanita tempatan," kata Lwin.

Sukan SEA Ke-27 akan berlangsung di Nay Pyi Taw, Yangon dan wilayah Mandalay serta Ngwe Saung Beach dari 11 hingga 22 Dis tahun depan.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan