Mohd Firdaus Ungguli Ujian Masa Individu Di Perlis

Diterbitkan: Sabtu, 31 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Pelumba pelapis kebangsaan, Mohd Firdaus Abdul Karim menjuarai acara ujian masa individu Kejohanan Berbasikal Remaja Kebangsaan Sportexcel/MSN/MILO/PKBM/PBNPs bawah umur 17 dan 18 tahun, di sini, Sabtu.

Pelumba berusia 18 tahun itu mencatat masa 25 minit 53.65 saat bagi menamatkan jarak sejauh 18.4 kilometer untuk menyingkirkan pencabar terdekatnya dari Terengganu, Md Badrul Hakimi Hamid yang mencatat kepantasan 26:21.05s.

Seorang lagi pelumba Terengganu, Muhammad Nadzmi Zakari menduduki tempat ketiga acara itu dengan masa 26:25.07s.

Bagi acara ujian masa individu wanita berumur bawah 17 dan 18 tahun, pelumba Selangor, Nur Farah Ain Amran muncul juara dengan cartatan masa 29:36.15s manakala pelumba Melaka, Aimi Iwasaki Muhammad Moritoshi di tangga kedua dengan masa 31:00.44s.

Bagi acara ujian masa individu lelaki bawah 16, pelumba Melaka, Muhammad Naim Suardi muncul juara dengan catatan masa 27:15.97s manakala tempat kedua disandang pelumba Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Muhamad Hisyamudin bin Jaafar dengan masa 27:17.09s.

Pelumba pelapis kebangsaan Nur Jeha Iwani Roslan dari Kedah muncul juara ujian masa individu perempuan bawah 16 dengan mencatat masa 31:18.44s manakala pelumba Kuala Lumpur, Sean Wilsan (31:18.80) di tangga kedua.

Kejohanan dua hari itu dianjurkan bersama oleh Kerajaan Negeri Perlis, Majlis Sukan Negeri Perlis, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia dan Persatuan Berbasikal Negeri Perlis.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan