Indonesia Ungguli Pertandingan Perahu Naga Jemputan Antarabangsa

Diterbitkan: Sabtu, 31 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pasukan Indonesia mengungguli pertandingan Perahu Naga kategori Jemputan Antarabangsa (Medal A) pada Temasya Sukan Sungai 2012 Kali Ke-81 yang diadakan di Tanjung Chali di sini Sabtu.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berangkat menyaksikan sembilan pertandingan akhir pada Sabtu dan menyampaikan hadiah kepada pemenang temasya Sukan Sungai itu yang merupakan acara tahunan sempena Sambutan Ulang tahun Keputeraan Sultan Kedah yang ke-84 tahun ini.

Turut berangkat menyaksikan pertandingan itu Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah serta Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, Datuk Seri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, exco kerajaan negeri serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Pada perlumbaan akhir, Sabtu, Indonesia menewaskan pasukan Kemboja yang menduduki tempat kedua dan Malaysia di tempat ketiga.

Johan acara itu menerima hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi, naib johan (RM5,000 dan trofi), manakala tempat ketiga (RM3,000 dan trofi).

Pertandingan itu terbahagi kepada beberapa kategori, antaranya Perahu Naga kategori jemputan antarabangsa (Medal B), kategori Juara Antara Juara, Kategori antara daerah dan kategori antara pasukan beruniform. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan