Mohd Farkhan & Khir Akyazlan Jadi Taruhan PTAM Ke Olimpik

Diterbitkan: Jumaat, 30 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persekutuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM) mahu dua peninjunya membuktikan kemampuan pada kejohanan kelayakan Olimpik London bagi zon Asia di Astana, Kazakhstan yang akan berlangsung pada 5 hingga 12 April ini.

Setiausaha Kehormat PTAM, Mejar (B) Maulud Othman berkata dua peninju berkenaan iaitu Mohd Farkhan Haron yang beraksi dalam acara 75 kg lelaki dan Khir Akyazlan Azmi (69kg) kini sedang menjalani latihan selama sebulan di Kazakhstan.

"PTAM meletakkan harapan tinggi kepada kedua peninju tersebut yang merupakan peninju harapan negara untuk menggalas cabaran negara ke Olimpik London nanti.

"Saya lihat prestasi mereka bertambah baik sejak akhir-akhir ini dan saya yakin bahawa mereka mampu melepasi had kelayakan yang ditetapkan penganjur," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Jumaat.

Mohd Farkhan merupakan pemenang pingat emas pada temasya Sukan SEA di Laos pada 2009 dan pingat perak pada Sukan SEA di Palembang pada 2011.

Kali terakhir peninju negara beraksi di temasya Olimpik ialah pada tahun 1996 iaitu Sapok Biki, namun beliau gagal membawa pulang sebarang pingat. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan